Permulaan Tahun Baru Yang Mencabar

Wednesday, January 5, 2022

Assalamualaikum... hopefully tak terlambat kalau saya nak ucapkan tahun baru pada rakan-rakan bloggers dan readers. Maybe saya agak quiet untuk penghujung dan awal tahun ini. Biasalah apabila nak penghujung tahun banyak perkara yang kita nak end dan reset balik. Jadi, for today barulah i feel ready to come back.


Tetapi, mungkin ada sesetengah kita yang tidak excited hendak mengucap atau memulakan tahun 2022 ini. Mana taknya, seperti kita sedia maklum yang penghujung 2021 dan awal tahun 2022 adalah tahun yang cukup menduga rakyat Malaysia. Musibah dan bencana bertimpa-timpa datang menguji. Dan, ini sudah tentu memberi kesan mendalam buat sebilangan rakan-rakan kita.


Kalau kita imbas sedikit, pada pertengahan Disember 2021 yang lalu kita dikejutkan dengan berita berlakunya banjir besar dan terburuk melanda di negeri Selangor dan hampir menenggelamkan separuh negeri tersebut. Malah negeri Pahang turut menerima nasib yang sama apabila dilanda banjir sekali lagi pada tahun ini.




Tetapi, itulah saya kira panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Kalau saya tak silap belum pun sampai seminggu, negara kita dilanda banjir sekali lagi. Hujan dari hujung tahun sampai ke hari ini masih belum berhenti. Sudah seminggu dan hujan masih berlarutan sehingga ke hari ini. Kali ini hampir keseluruhan daerah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak turut ditelenggami air.


Di Melaka ini sahaja, kalau ada sesiapa yang tahu Kampung Morten yang terkenal dengan seni bina Melayu yang masih dikekalkan sudah menjadi kampung dalam air. Memang sedih sangat. Mangsa-mangsa banjir di Selangor baru nak pulih datang lagi bah baru. Saya tak boleh bayangkan kalau saya berada dalam situasi tersebut. 


Mungkin banyak perancangan di awal tahun yang terbantut dan tak seindah yang dirancang. Tetapi percaturan Allah itu pasti ada hikmah. Masih ada banyak lagi hari yang akan kita lalui. Moga ada sinar pelangi yang lebih baik selepas ini.


Seperti tahun-tahun sudah saya lebih suka tidak merancang.  Saya lebih suka ikut flow sahaja. Bila dah sampai masa saya nak buat saya akan buat. Apa yang saya harap hanya consistent pada kerja yang saya lakukan pun sudah memadai. Selain improve myself and used masa yang ada lebih ke arah kebaikan.


Jadi, walau apa yang akan kita lalui selepas ini hope kita semua akan jadi lebih kuat. Ujian boleh datang dalam pelbagai keadaan. Yang penting, selalu dekat padanya. What ever we plan hope ada jalan dipermudahkan.


And, buat readers,


" Rebah tak bermakna kita kalah,

Kalah tak bermakna esok tak tercapai,

Kepayahan hari ini,

Insyaallah esok lusa pasti mudah..."

Quote - @leezahobbies


- Keep Strong & Stay Safe -

2021


Comments