Bantuan Keluarga Malaysia | Budget 2022

Monday, November 1, 2021

Belanjawan 2022 dah berlalu macam mana? Puas hati????


Rasanya Jumaat minggu lepas rata-rata kita dah standby menunggu depan tv or online berita tentang belanjawan 2022 yang akan dibentangkan. Macam kita juga sedia maklum since covid-19 ni muncul ramai hidup rakyat Malaysia terkesan. Antaranya ramai yang hilang pekerjaan serta hilang sumber pendapatan. Jadi, sudah pasti dengan belanjawan 2022 ramai yang mengharapkan berita gembira serta nafas baru untuk membantu mereka-mereka yang terkesan.


Sejujurnya saya juga tak sabar nak mendengar sendiri pembentangan budget 2022 dari Menteri Kewangan kita. Bagi saya terkesan atau tidak as Malaysian people kita perlu ambil tahu. Yelah kita pun tak tahu what will happen in the future. Atlist kalau apa-apa terjadi we already know kepada siapa yang kita boleh refer. Betul tak???


Tetapi, kalau saya nak list satu-satu di sini pon tentu banyak. Jadi, untuk memudahkan readers saya share link dari Berita Harian tentang teks ucapan penuh belanjawan 2022 di bawah. Manalah tahu ada yang terlepas mendengar teks ucapan belanjawan hari jumaat haritu jadi untuk lebih detail dan kepastian boleh klik link di bawah.




atau laman web rasmi Budget 2022



Cuma, hari ini saya nak share antara salah satu bantuan yang kebanyakkan rakyat Malaysia boleh nikmati. Bantuan baru yang diperkenalkan adalah Bantuan Keluarga Malaysia atau BKM. Dan, kalau readers nak tahu BKM ini adalah kesinambungan kepada BPR cuma telah diperbaharui serta ditambah baik. Bagi bantuan ini sahaja kerajaan mengatakan mereka telah memperuntukkan sebanyak 8.6 bilion iaitu lebih banyak dari jumlah sebelum ini yang hanya 7 billion.





Kalau diikutkan dari ucapan Tengku Zafrul ini ialah bantuan BKM ini telah dipecahkan kepada 3 kategori dan 2 jumlah pendapatan. Di mana readers boleh semak sendiri seperti jadual di bawah di manakah kelayakan kita untuk menikmati BKM ini.




Kalau dilihat dari teks ucapan haritu memang tidak disebutkan untuk golongan B40 yang berpendapatan RM2501 sehingga RM5000 tetapi pada portal budget 2022 ada dinyatakan. So, jangan risau untuk mereka yang mempunyai pendapat RM2501 sehingga RM5000 masih berpeluang menikmati bantuan BKM ini.


Selain itu juga, terdapat bantuan tambahan kepada ibu atau bapa tunggal sebanyak RM500 bagi mereka yang mempunyai anak dan berpendapatan bulanan sehingga RM5000. Malah golongan warga emas dan golongan bujang juga tidak dilupakan.


Saya tidak pasti sama ada belanjawan 2022 kali ini menjawab segala harapan rakyat Malaysia. Mungkin juga ada ketidakpuasan. Tetapi, kalau di tanya pendapat saya, saya masih berpuas hati. Seumpama lebih baik ada dari tiada langsung bantuan. Banyak atau sikit saya still bersyukur. Dan, ketidakpuasan juga hak kita sebagai rakyat. Bagaimana pendapat readers yang lain kita juga harus hormati. 


Jadi, walau apapun dalam kesibukan kita memikir isu budget ini dan bilakah bantuan BKM ini boleh kita nikmati jangan lupa untuk membuat kemaskini maklumat peribadi yang akan bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 30 Januari 2022 nanti iaitu hanya sebulan sahaja. Dan, bagi yang belum pernah memohon jangan lupa untuk memohon.






Comments

  1. semua telah dibentngkan..bersyukur dengn apa yangg dapat setakat ini...

    ReplyDelete
  2. This is a good initiative by the government. Hope everything will go well in 2022 for all Malaysians. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. I wish everything best for Malaysian in 2022! Penting to get economy back so everyone has a job

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya rite..hope they can build up, get their job and stand back like before...

      Delete
  4. Saya bersyukur sebab rakyat masih lagi tumpuan utama kerajaan. Memang untuk menjawab semua masalah adalah sangat mustahil. Nama pun bantuan kan, bukannya gaji.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju sbb kalau negara lain belom tentu akan dapat macam kita ada sekarang..bukan sahja gov malah bantuan dari ngo2 dan badan persendirian di malaysia ni terlalu banyak..Malaysia is pemurah people..

      Delete
  5. Sebagai seorang rakyat Malaysia, cuma berharap agar mereka yang memimpin berjaya memimpin negara ke arah lebih baik, fokuskan pada rakyat, ekonomi dan negara dan bukannya poket sendiri.

    ReplyDelete
  6. itu yang sebaik-baiknya..cukup2lah bertelagah merebut kuasa yg pntg kebajikan rakyat dijaga..

    ReplyDelete
  7. Mungkin tidak semua dapat dipuaskan tapi syukur kerana masing² ada bahagian

    ReplyDelete
  8. Thanks for sharing this, and i am glad that the govt put in effort to help the needy.

    ReplyDelete