Jaga Permakanan Sebelum Semakin Parah

Wednesday, November 3, 2021

Kalau dari tajuk mesti reader tertanya-tanya What topic i want to share kan?


Sebenarnya macam ni 2 hari lepas my husband ada buat regular check up untuk penyakit asthma. And sakit dada dia since dia stop merokok dan since kena covid haritu. Alhamdulillah result asthma dan sakit dada ok dan tak ada yang serius. Cuma 2 week before en. suami ada ke hospital untuk di ambil sample darah dan minum air gula. APAAA??? AIR GULAAA?


Setahu saya, kalau kena minum air gula ni bila ada tanda-tanda kencing manis je. Sekali memang betul. 11.6 guys bacaan dia...mmmm. Automatiklah risau. Yelah sape tak risau penyakit kencing manis ni kalau tak dikawal boleh mengganggu sistem organ dalam badan yang lain especially buah pinggang. 


Saya cakap macam ni sebab dah ada pengalaman mak dan my sister yang sulung dah kena kencing manis. Dan kalau reader nak tahu my sister kaki sebelah kiri sudah dipotong separas lutut dan sekarang kedua-kedua buah pinggang sudah rosak serta dalam seminggu akan ke hospital untuk buat dialisis sebanyak 3 kali. So, macam manalah saya tak risau. 


Walaupun doktor bagitau kandungan gula husband saya masih boleh dikawal dan belum perlu mengambil ubat. Saya rasa inilah masa kita perlu berjaga-jaga dan ubah cara permakanan kita. Itulah dalam kita sibuk memikir virus covid-19 ni. Kadangkala sampai kita terlupa yang penyakit-penyakit lain kalau tak menjaga kesihatan tunggu masa je nak menyerang. Saya share ni sebagai peringatan bersama jugak.


 Bagi saya, kita bukan hanya perlu bergantung kepada ubat atau supplemant sahaja tetapi mulakan dengan menjaga pemakanan adalah sebaik-baiknya. Malah, bukan hanya sebab penyakit kencing manis sahaja, silap-silap penyakit lain pon boleh menyerang. Especially penyakit 3 serangkai tu kencing manis, darah tinggi dan jantung. Lagi satu, perlu diingat apabila semakin berumur tahap kesihatan kita juga akan menurun dan itu juga menyebabkan kita mudah mendapat penyakit kalau tidak dijaga.


Dan, kalau saya tak silap sekarang ni penyakit kolesterol pun yang semakin menjadi-jadi. Almaklumlah sekarang pon berderet makanan-makanan fast food yang dijual. Dan, kita kalau busy kadang-kadang itulah alternatif yang mudah dan cepat kan. Saya pon makan jugak...yelah makanan sedapkan memang kadang-kadang tak terkawal nafsu ni.


Sebenarnya makanan tu tak salah pon. Bukan tak boleh makan cuma kita yang perlu ada kesedaran dan perlu pandai kontrol nafsu dan cara permakanan kita. Kalau dulu hampir setiap hari makan fast food, suka makan benda-benda manis cuba kurangkan. Lakukan perubahan secara perlahan-lahan. Yelah nak berubah secara mendadak bukan senang. 


Dan, yang penting kita perlu ada kesedaran dari sekarang. Start mengambil makanan berkhasiat dan seimbang dengan tahap kesihatan kita. Kawal pengambilan gula dan garam dalam makanan serta masakan. Selain itu, buat research sikit kandungan dalam makanan. Atlist kita tahu mengimbangi makanan yang berkhasiat dalam makanan seharian kita.


Apapun selalu amalkan hidup sihat dengan selalu bersenam serta makan makanan berkhasiat. Sebab yang untung siapa??? KITA JUGA.












Comments

  1. Betul tu kalau boleh kena jaga kesihatan sebelum terlambat. Lepastu jadikan medical checkup as regular checkup jugak

    ReplyDelete
  2. Kesihatan adalah perkara paling utama. Untuk diri, keluarga & kenalan. Semoga diberikan kesihatan yg baik² utk semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh kita mahu semua dapat jalani yng lbh sihat

      Delete
  3. Setuju! Sy pun ada asma. Mana2 sakit pun susah nanti dibuatnya. Harap kita sesama amik kesedaran dan jaga kesihatan kan.

    ReplyDelete
  4. betol bella kesedaran itu sangat2 penting

    ReplyDelete
  5. i love this post! thank you so much for sharing these important reminders with us. definitely kene start jaga badan dan kesihatan at this age

    ReplyDelete
  6. org kata lebih baik mencegah sblm terkena.. mana yg boleh elakkan Tu kita mmg buat

    ReplyDelete
  7. Betul, semuanya bergantung pada diri, jangan dah gemuk salahkan plak makanan dan event hahahaha

    ReplyDelete
  8. Betul pemakanan memang kenanjaga.. kalau lagi better buat allergic test medical check up semua... Bila dah tahu Kita allergic apa baru nanti Kita reschedule pemakanan balik

    ReplyDelete