Try New Skincare Sendayu Tinggi

Friday, October 29, 2021

Saya jarang nak share produk-produk skincare sebabnya produk skincare saya pon agak terhad dan tak banyak seperti sebilangan orang. Tetapi since saya dah mencuba produk ni why not saya share my review. Manalah tahu ada yang sedang usha dan ingin mencuba produk ni. Jadi, dengan perkongsian ni saya dapatlah memudahkan pembeli di luar sana.


Produk yang saya maksudkan itu ialah skincare dari Sendayu Tinggi. Rasanya semua pernah dengar tentang produk ini kan. Produk hasil dari anak tempatan yang kini legasinya telah diteruskan oleh Puan Yati Kamaruzaman anak sulung kepada Pengasasnya Pn. Rozita Ibrahim dan ibu kepada Dato Aliff Syukri.


Produk yang sedang saya cuba ini adalah antara new arrival Sendayu Tinggi yang dihasilkan bagi mengatasi masalah kulit berminyak, kombinasi dan jerawat. So, bertepatanlah dengan apa yang saya cari. 3 fungsi dalam satu produk. Kan senang?


Kulit berminyak boleh, kulit berjerawat boleh atau kedua-keduanya sekali pon boleh. Tak perlu pening-pening nak grab banyak produk. Saya mula tertarik nak cuba produk ni sebab saya ada ternampak di Ig posting Puan Yati ni. Tengok packaging dengan texture produk ni pon dah buat saya tertarik.


So, dari situlah saya start nak mencubanya. First, saya beli Oil Combo Series dahulu yang mana ada 2 produk dalam 1 set dan dapat free sample Golden Herb's Cleansing Gel 5ml. Bila saya try sample pencuci muka tu, rasa macam best je then selang seminggu saya terus grab cleansing yang besar pulak...hahaha. 


Jadi, apa tunggu lagi moh saya tunjuk ketiga-tiga produk ni dekat reader.




Macam saya cakap tadilah untuk Combo Oily Series ni dia ada 2 produk iaitu Oil Control Essence dan Oil Control Sunscreen serta dapat free sample Golden Herb's Cleansing gel 5ml.


Oil Control Essence



Essense ini lebih tertumpu untuk mengatasi masalah hydrating dan sebum control. Terutama bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, kombinasi, pori besar dan berjerawat. Dan ianya di khaskan untuk membantu mengecilkan pori-pori kulit, mengurangkan kilatan wajah akibat kulit berminyak, mengawal sebum malah bertindak melembut serta menghaluskan kulit wajah.


Selain itu, ianya juga sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit berjerawat seperti saya di mana kandungan di dalam juga dapat mengecutkan jerawat serta kemerahan akibat jerawat dan memudarkan parut jerawat. Antara bahan utama di dalamnya adalah Saccharomyces Ferment Filtrate, Hyaluronic Acid, Witch Hazel, Canadian Willowherb, Hydrolyzed Collagen.


Bagi yang meningkat usia seperti saya essence ini juga dapat membantu mengatasi masalah tanda-tanda penuaan, mengurangkan garis-garis halus serta kedutan di muka kita. Dan, dalam masa yang sama ianya juga dapat memberikan kecerahan pada kulit serta melindunginya dari radikal-radikal bebas serta sinar UV yang merosakkan kulit.


Dengan memakainya 1-2 titis sudah cukup untuk meratakan keseluruhan muka. Malah sangat bersesuaian digunakan untuk rutin siang dan malam. Dan, pastikan pakai sebelum sapuan serum dan moisturiser. Apa yang lagi best ialah texture nya likat tetapi ringan dan mudah meresap serta sejuk apabila disapukan ke muka. Bagi saya, essence oil control ni memang sangat-sangat best dan sesuai untuk saya. 


Dari segi packaging memang sangat nice, dalam bentuk dropper bottle kaca dan kandungan bagi 1 botol adalah 60 ml. Jadi, kalau dengan harga sebotolnya sahaja RM 59.00 bagi saya memang berbaloi dan boleh tahan 2 bulan maybe lebih. Dan, saya boleh bagi rate 8/10 untuk Oil Control Essence ini. Honestly,  memang Essence ni sesuai dengan saya and one of my favourite skincare now.


Oil Control Suncreen Sunmatte SPF50 PA +++




Seperti oil control essence, suncreen ini juga diformulasi sama untuk mengatasi masalah kulit berminyak, kombinasi dan berjerawat. Seperti mengawal kilatan pada kulit, dapat mengecilkan tampilan pori serta masalah berbelang pada texture warna kulit wajah.


Texturenya juga lebih ringan, lembut dan tidak melekit. Firstime memakainya memang nampak agak matte dan sedikit putih tetapi setelah beberapa minit saya apply ke muka warnanya akan berubah lebih natural balance seperti warna kulit. Dan, kalau saya apply bedak pon tak lah nampak bercapuk-capuk. Bau suncreen nipun nice je. 


Saya tahu ada sebilangan kita kulitnya agak sensitif kepada bau especially kulit yang berjerawat sebabnya boleh naik jerawat-jerawat halus serta kemerah-merahan. Tetapi, setelah saya menggunakan almost 3 week saya rasa suncreen ni tak ada masalah kepada saya. Tak timbul jerawat halus mahupun kemerahan.


Maybe, kerana produk ini dikatakan difomulasi dengan 2 gabungan UV filter iaitu Organic & Inorganic UV filter yang  diproses menjadi 2 lapisan molekul sphera yang akan menjadikan lapisan SPF di atas kulit lebih kuat dan konsisten berbanding formulasi suncreen yang biasa. Maksudnya, perlindungan suncreen adalah lebih baik dari suncreen yang biasa dan lebih selamat digunakan untuk jangka panjang.


Malah gabungan bahan-bahan di dalamnya juga adalah yang terbaik seperti ekstrak Centella Asiatica (pengaga), ekstrak Peony, ekstrak Teh Hijau, ekstrak Rosemary, ekstrak Chamomile, ekstrak Japanese Knotweed, ekstrak Saxifraga Sarmentosa serta gabungan Arbutin, Citric Asid, Licorice & Glutathione. Juga yang penting ianya Bebas Paraben iaitu bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet produk-produk.


Oleh itu, penggunaan suncreen ini sebanyak 2 inci sudah cukup memberi perlindungan kepada keseluruhan kulit wajah kita. Dan dari segi packaging ianya lebih berbentuk tiup dan mengandungi 30 ml satu tiup. Cuma kalau boleh suggest la saya nak cadangkan produk ni boleh dibuat dalam big size senang boleh simpan untuk stok yang lama. Tiup kecil untuk travel tiup besar untuk di rumah..hihihi. Jadi, untuk kesesuaian suncreen ni pada kulit saya bagi 8/10 juga.


Golden Herb's Cleansing Gel 




Actually pencuci ni sudah lama di pasaran cuma sebelum ini ianya di dalam bentuk Bar Soap. Masih dijual dalam bentuk bar soap tetapi kali ini ianya telah di upgrade kepada cleansing gel yang mana saya rasa lebih memudahkan penggunaan kita sehari-hari dan lebih terjaga kebersihan produk.


Pencuci muka ini memang diformulasi untuk ketiga-tiga jenis kulit tadi. Ini bermakna kedua-dua produk di atas adalah kesinambungan kepada rangkaian produk golden herb's sebenarnya. Selain dapat membantu menyingkirkan kotoran, bakteria serta lebihan minyak pada kulit wajah ianya juga mampu memgekalkan kelembapan kulit kita. 


Ini bermakna texture pencuci muka ini bukan bersifat mengeringkan kulit tetapi melembapkan. Saya juga tertarik kerana produk ini tidak mempunyai buih yang banyak serta sangat lembut apabila digunakan. Sebagaimana kita maklum kebanyakan pencuci muka yang mempunyai buih yang banyak boleh membuatkan kulit kita lebih kering serta kelembapan kulit hilang lebih-lebih bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Dan, secara tidak langsung menyebabkan kulit berasa kegatalan dan mudah menjadi kemerah-merahan.


Antara bahan-bahan utama untuk pencuci muka ini adalah Madu, Centella Asiatica, Green Tea, Rosemary, Chamomile flower, Licorine Root, Cendawan Ganoderma Lucidium, ekstrak Polygonum Cuspidatum, ekstrak Scultellaria Baicalensis dan beberapa bahan-bahan lain. Bahan-bahan yang tidak asing dan sememangnya bagus untuk memulihkan kulit wajah.


Packaging berbentuk pump cleanser dan kandungan satu botol pencuci adalah sebanyak 120 ml. Hanya dengan 2 pump sudah cukup merata dan membersihkan keseluruhan wajah. Kulit saya rasa fresh, lembut serta tidak terasa kering. Kalau diukur dengan kesesuaian kulit saya maka 8/10 rate saya bagi. Jadi, apa yang boleh saya simpulkan setakat ini saya memang berpuas hati dan recommend pencuci muka ini kepada mereka yang mempunyai kulit berjerawat serta sensitif



Oleh itu, bagi mereka yang ingin mencuba local product, sesuai dengan budget dan dalam masa yang sama bagus untuk kulit maka ketiga-tiga produk ini memang sangat berbaloi.

Jadi, kepada mereka yang berminat bolehlah ke laman web rasmi Sendayu Tinggi https://www.sendayutinggi.com/ atau mana-mana ejen Sendayu Tinggi yang berdaftar.


Info Produk 

Combo Oily Series (RM103.00) Free gift 5ml(Golden Herb's Cleansing Gel)    
  1. Oil Control Essence 60ml - RM 59.00
  2. Oil Control Sunscreen Sunmatte SPF50 PA +++ 30ml - RM 44.00

  1. Golden Herb's Cleansing Gel 120ml - RM 37.00


Ok selamat mencuba...😁







Comments

  1. Huhuhu..... Dah lama Dah x dengar citer sendayu tinggi. Their new product looks lovely. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk iklan komersial mmg dh xde rasenyer...kalau di instagram or facebook myb ade..tp sya jumpa pon sbb follow ig pn yati tu,,kalau tak tak tahu juga..hihihi

      Delete
  2. Jenama sendayu tinggi ni selalu dengar tapi tak pernah cuba lagi. Menarik ada kandungan ekstrak Centella Asiatica dengan Glutathione :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu bahan dalam produk ni yang buat saya tertarik juga...

      Delete
  3. Suka tengok produk st ni bermacam jenis. Lepastu feedback pun best jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah setakat ni mmg feedback untuk produk ni sngt ok..

      Delete
  4. lqmw x.dengar psl produk sendayu tinggi. menarik jugak ni . tgk formulasi nmpk best

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula saya tengok pon semakin banyak improvement produk sendayu tinggi ni sekarang...

      Delete
  5. Ye laa, lama tak dengar pasal sendayu tinggi punya produk.. tak tau ada produk skincare.. kalau biasa tau mereka lbh kepada jamu.. nanti boleh survey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samelah..lgipon jrg dh xde kot kluar dkt iklan komersial..ni tahu pon sbb nampk kt ig..kalau tk xtau jugak agknyer..hihiih

      Delete
  6. Thanks for sharing this review, i have heard of this brand name but have not try them yet

    ReplyDelete
  7. wah sendayu tinggi dah lama tak nampak produk brand ni. dulu femes kan? ingat lagi dlu masa kecik2 kadang teman mak gi restock produk sendayu tinggi dia. menggamit memori!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kalau dekat iklan komersial mmg xde dah rasenyer tp produk ni sebenar msh ade own cust n followers. Mybe ade strategy marketing yang kita tak tahu. dr produk supplement, skincare, beauty and sekarang hijab.co produk shawl atau tudung bawal yang cantik dengan own signature lg..

      Delete
  8. i think this is local product yang ok setakat ini

    ReplyDelete
  9. Uishhh, terbaik la skin care products ni.. ketiga2 ingredients yang memang tip top dalam facial product kita ni, ada sekali semuanya.. no doubt this is one of the best la macam ni.. tak pernah try lagi hopefully soon since mine is going to finish dy!

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing this range of amazing skin care products. Definitely this will be useful for those who want to take care of their delicate skin.

    ReplyDelete
  11. cantik pulak packaging dia . tak peranh try sendayu tinggi, tapi lepas anak dia amik alih mmg nampak lain jugak produk2 dia

    ReplyDelete
  12. Lama tak dengar jenama Sendayu Tinggi nih . produk ST memang ramai yang kata baik dan bagus untuk kulit . Pernah cuab tapi dah lama sangat. Nanti nak try baliklah produk ST yang terbaru nih.

    ReplyDelete