Siakap Stim Limau | Resepi

Thursday, October 7, 2021

Rasanya blog kali ini saya belum cuba share menu memasak kan. So, hari ni macam terajin pulak nak share ape saya masak semalam. Ok, ahad lepas saya adalah beli ikan siakap. Biasalah kalau ikan siakap ni saya biasa masak siakap 3 rasa je. Tapi tetiba saya teringat pulak ada satu menu saya dan en.suami suka makan dekat kedai ni. Dan lama tak pergi kedai tu lagi bila dah PKP kan. 



Menu yang kami suka makan tu ialah "Siakap Stim Limau". Tak pernah makan sebelum ni tapi tak tahu lah kedai tu masak memang sedap sangat. Boleh kata menu favourite kamilah kalau datang kedai tu. Jadi, since dah teringat tu saya cuba-cuba la memasak semalam guna mana-mana bahan yang ada. Alhamdulillah menjadi juga..hihihi..Teringin punya pasal.


So, kat bawah ni saya share menu tu ye.. kot kot ada yang nak ubah selera hari ni...hihihi. Tapi, bahan-bahan ni setakat yang ada kat dapur saya jelah. Kalau ada yang kurang maaflah ye dan kalau ada bahan-bahan tambahan terpulang janji kena dengan selera readers.


Memula sediakan bahan-bahan la...


Bahan-bahan :

  • Ikan siakap - seekor
  • Bawang putih - 3 ulas (dicincang kasar)
  • Halia - seinci (dihiris)
  • Cili padi akar - 8 ke 10 biji ( dihiris kecil * terpulang ikut kepedasan masing-masing )
  • Serai - 1 batang (dititik)
  • Tomato - 1 biji (dibelah 4)
  • Air Limau - 1/4 cawan
  • Lemon - 3 ke 4 slice (sebagai hiasan)
  • Garam - secukup rasa
  • Pati ayam maggi - 1 kiub
  • Gula - 1 sudu 
  • Air - 1 gelas (* kalau rasa masam sangat boleh tambah air terpulang)


Ok, jom masak...

Memula saya akan kukuskan ikan dahulu. Maksudnya saya masak kuahnya berasingan. Sebabnya saya pernah lihat orang masak siakap stim limau ni dia masukkan semua bahan pada ikan then kukus sekali. Ikutlah kalau readers rasa nak jimat masa atau lebih suka macam itu boleh aje. 

Kemudian, sebelum saya kukus pada ikan tadi saya lumurkan sedikit garam dan perahan air limau untuk mengelakkan bau hanyir ikan. Then saya kukus antara 10 ke 15 minit. Nak guna pengukus boleh nak kukus atas kuali pon boleh. Tetapi since ikan ni tak muat dalam pengukus saya so ke kuali la saya kukusnya.

Sementara kita tunggu ikan saya masak kuahnya dahulu. Saya terus masukkan air, bawang putih, halia dan cili padi yang telah dipotong tadi serta serai. Agak-agak kuah dah mendidih terus masukkan air limau, kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa. 






Air limau ni saya beli yang dah siap je dekat supermarket. Sebab saya biasa nampak brand ni banyak digunakan dekat kedai-kedai makan. 
Nampak kan saya suke tengok orang masak...hahaha..tak adalah. Actually banyak kedai makan sekarang dapurnya open so tu yang tahu tu. 

Ok ok kita sambung balik. Then apabila kuah dah masak kita siram kuahnya di atas ikan siakap yang telah dikukus tadi. Jangan lupa letakkan tomato dan lemon tadi then kukus semula dalam 2 3 minit untuk bagi ikan dan kuah limau tadi lebih mesra. 


Haa macam mana ada yang nak try tak...Senang je kan. Dihidang dengan ulam-ulaman dan nasi panas pun dah cukup menyelerakan.  Janji bahan ada jalan je..hihihi. Ok selamat mencuba ye...


Comments

  1. Nice. Macam best plak kalau nak try ye. Thanks bagi recipe ni sebab mudah pula resipinya kan.

    ReplyDelete
  2. fuhh lama x mamany.. bgs cara masakan hidangan ini.. sbb ianya mengekalkan khasiat makanan itu juga

    ReplyDelete
  3. Siakap stim limau antara menu favorite kami sekeluarga. Sedap dan nak masak pun mudah. Memang selalu licin pinggan kalau makan menu ni.

    ReplyDelete
  4. Sedapnya siakap stim! Marsha tak pernah cuba sebelum ni. Aritu cuba order kat kedai makan. Sedap rupanya...boleh la guna resepi ni buat dekat rumah

    ReplyDelete
  5. Wahh bole la fafa cuba menu ni pulak nanti. Memang kalau singgah kedai makan wajib ade menu ni n ikan siakap 3 rasa. Lepas bi da bole buat sendiri

    ReplyDelete
  6. sedapnya siakp steam ni.. dah lama tak masak sebab tok laki tak minat ikan steam.. huhu

    ReplyDelete
  7. Mama selalu masak siakap stim. Tapi tak letak pula lemon. Rasanya mesti lagi sedap

    ReplyDelete
  8. Ohhh akak stim asing, pastu buat kuah asing juga eh. Mesti lg sedap. Nanti saya nak cuba cara macam ni.

    ReplyDelete
  9. Memang sedap kalau siakap masak gini.. siakap isinya lembut, so kalau masak stim, memang sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lembut isi dia...ni penangan kt kedai makn tu lah..saje ubah selera ambil menu ikan stim limau..sedap pulak dia buat..tu dok try cuba buat sendiri pulak..hiihi

      Delete
  10. sedapnya nanti nak cubala sekali sekala tukar menu.

    ReplyDelete