"Buku ini mengisahkan perjalanan hidup Sarah di dalam melalui pahit manis liku-liku kehidupan dunia yang penuh mencabar. Cuba menyesuaikan diri dengan dunia persahabatan, keadaan sekeliling yang kadangkala begitu menyakitkan dan permusuhan yang mengundang ketidakpuasan hati seseorang.
Ada ketika Sarah seperti hilang arah dan tiada tempat untuk diluahkan. Akhirnya Sarah mengambil keputusan untuk mengadu dan berkongsi dengan sang pencipta. Mendekatkan diri secara rohani kepada pencipta dengan bercerita, meluah rasa hati, masalah, ketidakpuasan, kegembiraan dan melahirkan rasa syukur.
Hanya pencipta yang memahami hatinya, maha mendengar, penguat semangatnya, setia dan akan sentiasa ada disisi tidak kira di mana dan di dalam apa jua masalah yang dilalui untuk kuat melalui cerita hidup. Dengan menulis surat kepada pencipta Sarah berkongsi segala-galanya."
__________ ***__________
Review :
Buku ini sangat menarik kerana banyak menceritakan tentang spiritual antara kita dengan pencipta. Di mana ianya secara tidak langsung memberi satu mesej yang kadangkala di antara kita yang semakin lupa. Di mana di dalam apa jua yang kita lalui dan tempuhi di dalam kehidupan ini, kita perlu sentiasa dekat dengan pencipta dan jangan sekali-kali melupakannya.
Ini kerana setiap cerita di dalam kehidupan kita adalah sesuatu yang telah dicorakkan olehnya. Jadi, sangat penting kita mengutamakan pencipta dalam segala hal yang kita lakukan. Hanya pencipta tempat terbaik untuk kita bersandar, berkongsi kegembiraan juga kesusahan. Kerana 'DIA' maha mendengar, kerana 'DIA' sangat setia, kerana 'DIA' akan ada disisi kita tidak kira ketika susah mahupun senang.
Jangan lupa dapatkan buku ini & click picture dibawah...
Apa yang kita rancang, tak semestinya akan tercapai, semuanya bergantung pada kehendakNya.. kadang baik untuk kita, rupanya Allah kata tidak bagi kita, kann kann.. so lebih baik apa-apa masaalahnya mengadi pada nan Satu..
ReplyDeletebaik buruk adalah perjlnan yg telah ditetapkan...ujian itu utk kita kuat..dan nikmat utk kita lbh bersyukur dan berterima kasih..
Deletebuku spiritual ni mmg best kalau penyampaian mudah dan bersahaja... ianya dapat membantu memotivasikan diri juga
ReplyDeletepola cerita yg ringkas senang difahami tetapi penuh peringatan dan kesedaran..
ReplyDeleteMenarik nad baca. Semua terjadi pasti ada hikmahnya. Semua ketentuan telah ditetapkan..
ReplyDeleteMesti best pelbagai perkongsian dalam novel ni kan? Dan memang setiap insan ada pelbagai pengalaman masing-masing kan.
ReplyDelete
ReplyDeleteSetuju, hanya pencipta tempat terbaik untuk kita bersandar, berkongsi kegembiraan juga kesusahan. Kerana 'DIA' maha mendengar, kerana 'DIA' sangat setia, kerana 'DIA' akan ada disisi kita tidak kira ketika susah mahupun senang.
Seronok meluah pada yg Esa kan,menangis la sepuasnya Dia Maha Mendengar dan redha dengan aturan perjalanan Dia.
ReplyDeleteMenarik buku ni. Ruby nak carilah satu. Buat stok bacaan bila down kan. Kadang-kadang baca buku macam ni beri kita option utk kembali kepada Allah s.w.t setelah sibuk dengan dunia.
ReplyDelete