Hayati Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

Tuesday, October 19, 2021

Setiap kali masuk bulan Rabiulawal sudah pasti akan mengingatkan kita dengan kelahiran seorang manusia agung yang diberi nama " Muhammad ". Berbapakan Abdullah dan beribukan Aminah baginda telah dilahirkan di Mekah pada 12 Rabiulawal hari Isnin bersamaan 570 Masihi iaitu pada tahun Gajah. 


Bersempena hari kelahiran Rasulullah SAW ini, saya juga ingin mengambil keberkatan untuk sama-sama menghayati dan berkongsi sedikit kisah junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini. Dan, bagi sesiapa yang pernah membaca buku kisah hidup baginda Rasulullah SAW pasti ada yang akan menitiskan airmata apabila membacanya. 


Bukan sahaja kerana lantaran kisah hidup baginda yang telah diuji menjadi yatim piatu dengan kehilangan kedua ibu bapanya di usia yang masih kecil tetapi juga di atas segala pengorbanan yang pernah dilakukan baginda buat umatnya. 


Dengan, perkhabaran dari Malaikat kepada ibunya tentang kelahiran bakal seorang nabi dan penghulu kepada seluruh umat manusia sudah pasti kelahiran baginda adalah sesuatu yang sangat istimewa dan berita yang cukup menggembirakan. Malah Nabi Adam AS juga telah menjadi saksi yang nama Nabi Muhammad SAW sudah lama tertulis di setiap tiang-tiang Arasy.


Adam berkata :


" Ya Tuhanku, ketika Engkau telah menciptakan aku dengan tangan-mu sendiri, dan meniupkan pada diriku roh-mu, aku mengangkat kepalaku sehingga aku melihat pada tiang-tiang Arasy tertulis,  لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّٰهِ ( tidak ada tuhan selain Allah dan Muhammad adalah Rasul Allah ). Sehingga aku mengetahui bahawa Engkau tidak akan mempersandingkan nama seseorang dengan nama-mu, melainkan tentu dia adalah orang yang paling engkau cintai.


Allah SWT  menjawab yang bermaksud :


" Engkau benar, wahai Adam, sesungguhnya dia (Muhammad ) adalah orang yang paling aku cintai. Dan jika engkau meminta kepada-ku dengan haknya, tentu aku akan mengampunimu. Dan kalau bukan kerana Muhammad, nescaya aku tidak akan menciptakanmu. " - (HR Hakim)


Allahhuakbar, sesungguhnya Rasulullah SAW adalah manusia paling istimewa disisi Allah SWT. Jadi, sudah tentu kehadiran baginda adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu. Oleh itu, saya juga tidak mahu melepaskan peluang berselawat untuk bersama-sama menghidupkan suasana bersempena hari kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW ini.


Dan, semoga amalan berselawat ini akan terus menjadi amalan kita sebagai umatnya sebagai tanda terima kasih dan cinta kita kepada baginda Rasulullah SAW. Malah, bukan itu sahaja ambillah peluang ini untuk kita sama-sama mengenali manusia agung ini. Biarpun kita tidak pernah melihat atau berjumpa dengan Rasulullah SAW tetapi ingatlah akan segala perjuangan baginda yang terlalu besar terutama kepada umat Islam sehingga ke hari ini.


Antaranya seperti kisah di saat kewafatan Rasulullah SAW di dalam buku " Biografi Agung Rasulullah SAW " yang begitu menginsafi dan menyentuh hati saya. Manakan tidak biarpun sedang berhadapan kesakitan sakaratul maut Rasulullah SAW masih bimbang dan masih memikirkan apakah nasib umatnya nanti setelah kewafatan baginda.


Malah tiada kata-kata Malaikat Jibril yang boleh menenangkan hati baginda di saat itu kecuali setelah mendapat jaminan dari Malaikat Jibril yang umatnya akan terlebih dahulu memasuki syurga berbanding umat-umat yang lain. Setelah itu, barulah baginda Rasulullah SAW gembira dan bersedia menemui Allah SWT dengan tenang. Subhanallah...subhanallah...


Saya rasa kalau saya atau kita yang sedang berada di saat itu sudah tentu yang kita fikirkan hanya diri kita sahaja bukan orang lain.  Nampak bukan, begitu mulia dan besarnya pengorbanan Rasulullah SAW yang cinta kepada umatnya. Jadi, takkan selawat pun susah untuk kita ungkapkan sebagai amalan kita seharian jika nak dibandingkan dengan kemuliaan dan pengorbanan baginda.

 Oleh itu, ambillah sedikit masa untuk kita berselawat kepada baginda Rasulullah SAW sebagai penghayatan di atas setiap pengorbanan dan jasa-jasa baginda selama ini untuk memperoleh pelbagai syafaatnya.



Dan, di bawah ini adalah antara buku-buku koleksi saya tentang kisah Rasulullah SAW yang mungkin boleh kita sama-sama hayati.





1. " Biografi Agung Rasulullah SAW " - Rusydi Ramli Al Jauhari

2. " Muhammad Insan Agung Pernah Dilahirkan" - Dr. Kamilin Jamilin



" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang selalu berselawat kepadaku" - Al-Nasai & Ibn Hibban




Comments

  1. اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ♥️🌷 Salam Maulidur-Rasul

    ReplyDelete
    Replies
    1. سَلَامٌ عَلَيْكَ ...Salam Maulidur Rasul...

      Delete
  2. Beautiful post. This is a good write up and information sharing. Thank you. Happy Maulidur Rasul to you and take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq and welcome...Happy Maulidur Rasul to you too..

      Delete
  3. A nice sharing here & I have learnt much more about this celebration today & public holiday for me :) cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. Mencintai Nabi Muhammad s.a.w merupakan kewajipan bagi setiap Muslim. Selamat menyambut Maulidur Rasul.

    ReplyDelete
  5. sentiasa mengingati dan mencintai Nabi Muhammad SAW, jujungan besarnya rasullullah

    ReplyDelete