" Erti Beragama Yang Hilang" | Book Review

Wednesday, October 13, 2021



Penulis : Hasrizal Abdul Jamil | Cetakan Pertama Jan 2021 ( 3 cetakan)


Sinopsis :


Buku motivasi ini merungkai kehidupan yang sering dilupakan serta disalahfahami dari sudut agama serta pandangan Islam. Dilahirkan sebagai seorang muslim itu tidak bermakna kita sudah menjadi seorang muslim yang sebenarnya. Mengaku kita sebagai seorang Islam juga belum tentu kita telah mencerminkan diri kita sebagai seorang Islam sejati.

Kuat beribadah tetapi masih mempunyai sikap menindas orang lain, merendah-rendahkan martabat sesama Islam, masih mementingkan diri, masih membanding-bandingkan malah ada yang bermusuh sesama saudara Islam. Di mana akhlak serta akidah sebagai seorang Islam.

Adakah ini cerminan sebenar seseorang yang beragama? Adakah melaksanakan amalan wajib itu kita sudah yakin yang kita sudah cukup bagus berbanding orang lain. Hakikatnya pada hari ini penerapan nilai-nilai Islam sering dilupakan serta disalahguna.

Keperluan kehidupan haruslah seiring dengan kesempurnaan amalan ibadah, akidah serta akhlak yang baik. Ini penting agar kehidupan yang baik kita jalani di dunia dapat membawa kenikmatan juga di akhirat kelak.




__________ ***__________



Review :


Buku yang sangat bagus yang mempunyai teguran bermanfaat buat kita semua. Saya juga bersetuju dengan apa yang penulis ingin sampaikan kerana apa yang dinyatakan sememangnya berlaku kepada kehidupan kita pada hari ini.


Tidak kira di dalam hubungan keluarga, pekerjaan malah kehidupan di sekeliling kita. Seperti berlaku permusuhan keluarga melibatkan harta, berlaku saling dengki mendengki sesama rakan sekerja dan berlaku pernindasan sesama Islam.


Jadi, segala teguran yang penulis nyatakan di dalam buku ini dapat membawa kita kembali ke landasan yang sebenar. Menjadi seorang Islam bukan hanya cukup amal ibadatnya tetapi juga mempunyai akidah yang baik di dalam kehidupan.



Jangan lupa dapatkan buku ini & click picture dibawah...








Comments

  1. kadang kadang kena baca buku mcm ni untuk self reflection. bagi motivasi sikit

    ReplyDelete
  2. Allahu. Begitu menyentuh dan mengingatkan kembali akan diri ini bila membaca petikan-petikan yang disebut. Memang benar, kena muhasabah diri dari masa ke masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang perlu perbaiki diri dari masa ke semasa...kita bukan lah sempurna..

      Delete
  3. Wow...... a motivational book. Sounds like a good read. I should add this book to my TBR. Thank you for sharing,dear.

    ReplyDelete
  4. Wow.. banyak buku yang bermanfaat untuk daily life kita di pasaran. Bolehlah cari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. motivation book mmg semakin banyak sekarang..lebih2 kalau kita follow mereka yang kaki buku ni mmg banyak buku2 bermanfaat boleh kita dpat n kongsi..

      Delete
  5. Buku yang sarat dengan peringatan untuk manusia. Boleh cari buku ini di kedai buku nanti untuk baca penuh.

    ReplyDelete
  6. dah làma x baca buku motivasi.. agak menarik juga pengisiannya

    ReplyDelete