Serius bukan saya nak belagak ke apa. Cuma maksud saya kalau cuaca panas di KL panas lagi di Melaka ni. So, orang-orang Melaka jangan kecam saya pulak. Ini memang jujur dari pendapat saya. Tetapi itulah bila tiba musim panas ni kita perlu menjaga diri selalu. Yelah bimbang, kalau cuaca yang terlalu panas takut boleh sampai terkena strok haba nanti.
Rumah saya memang siang malam 24 jam la kipas on. Itupun panas lagi. And, kalau kata tiba-tiba hujan pun still wab haba tu naik, makin bertambah panas. Kalau tidur malam pun sampai berpeluh-peluh. Saya ni pula kalau dah sampai macam tu memanglah tak boleh tidur. Kejap-kejap terjaga. Last-last kalau tak tahan sangat saya akan mandi. Itupun sebelum mandi kena buka air paip tu dalam 5 ke 10 min, sebab air dalam tangki pun panas juga.
Nak pasang aircond pulak husband saya jenis semput yang tak boleh sejuk selalu. Nanti kejap-kejap bersin, kejap lagi dah kena asthma dia. Itu sebab kalau bercuti dan tidur hotel dia terpaksa mengalah jugalah sekali sekala. Yang penting ubat dia ada. Yelah kalau tak panik saya nanti..hiihihi..
Tetapi, lain pulak kalau musim hujan. Dekat sini kalau hujan sampai tak berhenti-henti memang sejuk sangat-sangat di Melaka ni. Tu belum kira rumah sampai banjir air naik...hihihi. Yelah, itu kuasa Allah kan kita pun tak boleh selalu merungut. Yang penting kita berdoa yang cuaca ni dalam keadaan baik-baik sahaja tak panas and tak sejuk sangat.
Jadi, kalau tiba musim panas macam ni selalunya ada 3 perkara yang selalu saya titik beratkan.
1. Minum Air Yang Cukup
Apabila musim panas antara cara yang terbaik yang saya lakukan adalah memastikan tubuh badan saya terus kekal hidrat. Ini kerana kekurangan air di dalam badan boleh menyebabkan kita mudah rasa letih, tidak bertenaga dan mengalami masalah kulit seperti kulit kering dan pigmentasi.
Dan, kalau readers nak tahu kekurangan air di dalam badan juga boleh menjadi punca kegagalan fungsi buah pinggang jika berterusan dalam tempoh yang lama. Bahaya kan??? Jadi, bila musim-musim panas macam ni seelok-eloknya minumlah 2 ke 3 liter air setiap hari. Saya tahu tak semua orang suka minum air masak ni tetapi nasihat saya please buang tabiat tu jika kita mahu sihat.
2. Pengudaraan Yang Baik
Kita tahu kalau musim panas suhu haba pasti akan naik dan kadangkala boleh naik ke tahap yang melampau. Dan, ini akan menyebabkan keadaan di sekeliling kita terasa sangat berbahang. Bukan sahaja di sekeliling kita malah badan dan kulit akan terasa panas dan perit dari biasa.
Oleh itu, saya akan pastikan pengudaraan di dalam rumah juga baik. Setiap pagi saya akan buka semua tingkap rumah supaya bahang atau haba yang terperangkap di dalam rumah boleh keluar. Walaupun tak banyak perubahan tetapi sekurang-kurangnya saya dapat mengelakkan diri dari terkena strok haba.
3. Pakai Suncreen & Sunblock
Yang last ni pun penting jugak. Tak kira la di luar atau di dalam rumah saya akan terus membiasakan diri untuk memakai sunscreen dan juga sunblock. Maybe ada sesetengah kita mengatakan kenapa nak guna sampai 2 jenis. Nampak sama je kan??? Memang sama tetapi masih ada perbezaan dari fungsinya.
Secara ringkas yang boleh saya terangkan suncreen texturenya lebih ringan berbanding sunblock. Dan hanya melindungi lapisan luar kulit seperti sinaran UVA. Jadi, bagi mereka yang banyak menghabiskan masa duduk di rumah seperti saya, saya akan memilih suncreen kerana texture lebih ringan.
Tetapi, kalau berada di luar rumah sunblock adalah pilihan terbaik kerana sunblock melindungi sinaran matahari atau UVB daripada tembus memasuki ke bahagian dalam kulit. Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca panas sekarang ini. Jika dibiarkan berterusan ianya boleh menjadi penyebab kepada masalah kulit terbakar dan risiko kanser kulit.
Jadi, yang penting pilihlah pelindung kulit bersesuaian dengan keadaan dan tempat kita berada. Yelah, cuba bayang dengan keadaan panas, kulit muka pasti kerap berpeluh dan lepas tu saya pulak jenis muka cepat berminyak. Jadi, kalau saya pakai pelindung kulit yang texturenya heavy tak ke melekit-lekit muka tu dan mesti rasa tak selesa. Betul tak?
Tapi, itulah di dalam kesibukan saya bercerita keadaan cuaca panas akhir-akhir ini, saya rasa semalam satu Malaysia dilanda hujan tanpa henti. Boleh dikatakan sampai banjirlah. Di Melaka pun sama juga banyak kawasan dinaiki air serta tidak boleh dilalui sehingga menyebabkan beberapa kawasan terputus hubungan.
Termasuk la husband saya yang terpaksa berpatah balik mencari jalan lain untuk balik ke rumah kerana jalan yang biasa digunakan sudah tidak boleh dilalui. Itulah kuasa Allah SWT. Tak kira musim panas ke musim hujan ke semuanya ujian ada hikmahnya yang nak menguji kita menjadi lebih sabar serta saling mengingati. Jadi, dalam apa jua keadaan jaga diri dan jaga kesihatan kita semua. Stay Safe Everyone...
Panas betul sekarang ni kan?. Bahang dia mau pening kepala ohhh. Hari ni nasib baik sejuk sikit. Kena apply sunscreen juga supaya kulit terlindung dari sinaran UV.
ReplyDeleteTips yang bagus musim panas ni. lagi 1 tips kena tambah, jangan on aircornd selalu. nanti bil elektrik bertambah, naya poket dan dompet nanti
ReplyDeletehahaha...betul2..:)
DeleteYe lately memang panas betul. Kalao tk depan kipas mmg berpeluh-peluh. Tido pun tk selesa. Jenis tk tahan ekon jugak sb asma, panas sgt pun bole sesak napas dibuatnye. Semalam sehari suntuk hujan. Arini sejuk sikit. Alhamdulillah
ReplyDeletebagus tips yg dikongsikan.. yerpp penting utk amalkan minum air yg cukup
ReplyDeleteBetul3x sekarang ni cuaca bila panas tu terik sungguh sampai sakit kepala. Tips yang bagus untuk semua amalkan. Air wajib ada Dan sentiasa top up supaya tak hydrated. Stay save!
ReplyDeleteThanks for the reminder and tips, nowadays i drink more water and take supplements too
ReplyDeletemusim yg panas takpe, jangan hati panass hehe
ReplyDeletekalau hati panas sejuklah dengan zikirullah..:)
Deletecuaca sekarang memang panas sgt khai pun service aircond baru2 ni sebab panas sgt air pun standby kat tepi katil just incase dehydrate
ReplyDeletekadang2 terpikir jugak nak pasang aircornd...kalau on time sekali sekala bole rasanya untuk hilangkan haba yang heavy panas tu..
DeleteMasa musim panas ni, saya lebih berhati-hati. Nak keluar pun tengok weather forecast. Saya mudah kena sakit kepala kalau cuaca panas sangat. Minum air bergelen-gelen. Stay indoor. Hehe.
ReplyDeletebetul tu ruby saya kalau cuaca panas sangat yang boleh buat sakit kepala..
Deletemusim2 mmang perlu minum byk air...air penting untuk tubuh badan
ReplyDelete