Dah boleh rentas negeri!... ooo balik kampung....

Monday, October 11, 2021

Assalamualaikum...


Macam mana pagi ni?...mmm mesti hari paling best kan. Ke semalam lagi best?...hihihihi.. Rasanya saya tak perlulah ayat berbunga-bunga sebab readers di luar sana pun hati makin berbunga-bunga berkira-berkira nak paling ke kampung kan. 


"Subhanallah". Tiada ungkapan yang terbaik dan syukur apabila mendengar pengumuman Perdana Menteri kita semalam. Mesti tak sabar menunggu jam 3 petang semalam kan. Tak sabar menunggu ucapan dari beliau yang sememangnya amat ditunggu-tunggu. Akhirnya, Terima kasih Ya Allah atas berita gembira ini dan keizinanmu jua ianya berlaku.


Yeeee...hari ni kita dah boleh rentas negeri...alhamdulillah syukur sangat. Even saya memang sudah berpindah ke Melaka dan duduk dekat dengan family tapi dengan pengumuman semalam saya turut menumpang gembira buat rakan-rakan readers semua. Status whatsapp, instagram, facebook semuanya berbaur syukur, gembira dan tak sabar nak pulang ke kampung halaman. Ada tu sampai perdengarkan lagu raya.


Memang satu kegembiraan yang tak mampu diungkap. Hampir setahun tak berjumpa ahli keluarga. Especially pada mak ayah, adik-beradik dan keluarga adalah satu kerinduan yang tertanggung lagi. Sambutan hari raya pun tak boleh menandingi pertemuan kali ini. Pasti akan penuh dengan deraian air mata, kegembiraan dan juga gelak tawa. 


Saya boleh bayangkan keseronokkan readers semua. Mesti dari semalam dah sibuk berkira-kira bila nak start balik ke kampung atau bercuti. Dan mungkin ada yang dah stanby pack baju. Mana tahu?. Bagi yang bekerja sendiri untunglah mungkin hari ni dah mula bergerak balik ke kampung. Bagi yang bekerja makan gaji pulak mesti berebut nak ambil cuti kan. Memang seronok macam nak balik raya lah.


Walaubagaimanapun, kita harus ingat dalam kegembiraan itu mungkin juga ada sebilangan kita akan berada di dalam kesedihan di mana ada di antara mereka yang kehilangan ahli keluarga sepanjang pandemik ini. Saya berharap mereka tabah dan anggaplah kita ni bagaikan satu keluarga walaupun tak pernah saling mengenali. 


Pandemik ini memang banyak mengajar kita dan menemukan kita dengan sahabat-sahabat baru yang sama-sama berkongsi suka dan duka. Saya juga berharap berita gembira ini kita rai dan kongsikan bersama.


Apapun dalam keseronokkan ini kita perlu ingat orang lain. Sebelum balik kampung make sure complete 2 dose, kita sihat dan jangan lupa lakukan covid test kit. Ini penting, saya tak nak dalam keterujaan kita nak balik kampung ataupun bercuti kita membahayakan orang lain. Kita dah memang duduk dalam dunia covid jadi inilah perkara yang perlu kita sentiasa ingat.


Okay..buat kawan-kawan dan sahabat readers, saya ucapkan selamat pulang ke kampung, berhati-berhati, jaga diri dan jaga SOP. 




Comments

  1. Alhamdulilah. Saya dah almost 2 tahun tak balik kampung di Sarawak. Last saya balik adalah Disember 2019. InsyaAllah, akan balik hujung tahun nie kelak. Moga kita semua dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. oyeke..alhamdulillah.. biras saya pun orng sarawak..diapun dah rindu sangat nak balik sarawak..since kawin dengan adik ipar saya belum dapat balik lg ditambah dengan covid...kitaorang pon pernah plan nk follow dia kesana..tetapi semua plan tetunda...insyaallah semoga rawlins dpt pulang ke sarwak juga...

      Delete
  2. The moment we have been waiting for! Finally jadi reality.. betul tue seronok memang seronok, tapi SOPs semua kena patuhi lagi.. tak boleh lupa diri especially time macam ni kan...

    ReplyDelete
  3. that rite...finally sekian lama menanti...

    ReplyDelete
  4. Memang yang ditunggu untuk pm announce kan. Haaa kompem ramai beratur jem minggu ni. Yela dah lama x balik kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu jangan cakaplah...saya rasa once pm umum tu memang ada yang dh balik kampung...hihihi

      Delete
  5. saat yg ditunggukan oleh semua rakyat Malaysia.. tapi still kena ikut sop, jaga penjarakkan dsbnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakikat yang kita perlu terima..kehidupan kita xsama macam dulu...yg pntg kita semakin menitikberatkan kesihatan, keselamatan serta kebersihan...

      Delete
  6. Moga semua yang merentas jumpa keluarga patuh SOP dan berjaga-jaga.. insyaAllah kita pasti menang menangani pendemik ni..

    ReplyDelete
  7. Ahad lepas memang hari paling gembira dalam tahun ni. Ana try nak booked homestay,sekali semua penuh sampai hujung tahun. Masing2 lepas gian nak bercuti dengan family kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal2 ni jgn ckp la mesti penuh..agaknya ada yg dh stanby nak tekan button book je..tinggal tunggu pengumuman je aritu..hihihi

      Delete
  8. Oh yess! I pun dah tak sabar nak plan my trip balik kampung

    ReplyDelete