Buku
Showing posts with label Buku. Show all posts

"Seni Berfikir Yang Hilang" | Book Review

Friday, November 12, 2021

Penulis : Hasrizal Abdul Jamil | Cetakan Pertama Jan 2020 ( 8 cetakan)

Sinopsis :

Di dalam buku ini, penulis cuba merungkai sebuah buku yang tidak popular pernah ditulis oleh seorang tokoh terkenal iaitu Dr. Yusuf Al-Qardawi. Beliau memang terkenal mengarang banyak buku tetapi buku yang tidak terkenal inilah cuba dikupas oleh penulis kerana bertepatan dengan isu yang cuba diselesaikan.

Mungkin buku ini tidak popular kerana dianggap tidak penting untuk diketengahkan. Tetapi hakikatnya bagi orang yang betul-betul faham apa yang cuba dirungkai oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi ini sebenarnya sangat bertepatan dengan apa yang berlaku pada generasi hari ini.

Antaranya mengenai 6 cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai iaitu Ilmu Agama, Ilmu Sejarah, Ilmu Sastera dan Bahasa, Ilmu Kemanusiaan, Ilmu Sains serta Ilmu Hal Ehwal Semasa. Ini kerana, hanya dengan ilmu kita dapat membentuk cara kita berfikir yang sepatutnya. Dan, sekaligus membantu kita menghadapi isu-isu kehidupan dengan lebih matang dan bijak.

Syeikh Yusof Al-Qardawi juga mengatakan bahawa umat Islam adalah umat dakwah. Dan, memang kita tidak dapat lari asas dakwah itu kerana inilah yang menjadikan kita mulia seperti yang Allah SWT mahukan. Maka, perlunya bekalan iman, akhlak dan ilmu. Tanpa ketiga-tiga ini maka sukar bagi sesuatu dakwah itu disampaikan dan tidak berjaya difahami.

Dengan berbekalkan iman kita akan lebih yakin dan punya kekuatan. Manakala dengan akhlak yang baik akan menjadi cerminan peribadi yang mulia. Dan, dengan adanya ilmu maka mudah menjadi sokongan serta penguat kepada sesuatu hujah supaya ianya tidak kosong semata-mata.

__________ ***__________

Review :

Apa yang boleh saya simpulkan dari buku ini adalah penulis menasihatkan kita supaya tidak menjadi umat Islam yang malas berfikir. Bukan semata-mata untuk dakwah tetapi cara bagaimana kita menghadapi perjalanan kehidupan. Jangan bergantung dengan apa yang kita lihat, baca dan dengar semata-mata. Kita perlu ada kesedaran untuk mendalaminya supaya apa yang kita lihat, baca dan dengar itu adalah benar dan sahih.

Kebimbangan penulis bukan itu sahaja, tetapi juga atas kebimbangan lambakan maklumat yang tidak sahih sehingga menjerumuskan umat Islam hari ini kepada kepercayaan yang tidak benar disebabkan oleh masalah kecetekan ilmu pengetahuan untuk berfikir.

Penulis juga tidak mahu kita hanya menjadi umat Islam yang hanya mengatakan tidak tahu sahaja dan menjadikan sifat malas berfikir itu terus menular dalam diri. Seni berfikir itu sebenarnya menjadikan kita contoh terbaik dan cerminan Islam itu sendiri. Kerana, kita adalah makhluk terbaik yang Allah ciptakan di bumi dan seharusnya kita juga sedar tujuan kita diciptakan.

Jangan lupa dapatkan buku ini & click picture dibawah...

" Perempuan Yang Baik-baik Dalam Al-Quran " | Book Review

Tuesday, October 26, 2021

Penulis : Syaari Ab Rahman | Cetakan Pertama Julai 2019 ( 8 cetakan)

Sinopsis :

Tidak semua wanita yang baik-baik itu datang dari wanita yang sempurna. Dan jika kesempurnaan itu tidak dikuatkan dengan iman dan istiqamah ianya juga boleh hanyut bersama mimpi-mimpi dunia. Melalui buku ini, penulis telah mengupas siapakah wanita-wanita yang telah diangkat kedudukannya di sisi Allah SWT melalui kekurangan dan ketidaksempurnaan tersebut.

Sejak zaman jahiliah wanita itu sering di tindas, hak mereka disalahgunakan dan martabatnya yang direndah-rendahkan. Melalui buku ini penulis menceritakan bagaimana Allah SWT telah mengangkat hak-hak wanita, anak-anak perempuan yatim yang dizalimi, dan beberapa kisah tauladan yang lain.

Seperti kisah ibu Nabi Musa A.S yang telah mendapat ilham daripada Allah SWT untuk menghanyutkan Nabi Musa AS ke sungai Nil demi mengelakkan kekejaman firaun yang melakukan penyembelihan anak-anak lelaki ketika itu. Tetapi hakikatnya, Nabi Musa AS sememangnya telah ditakdir untuk sampai ke istana firaun dan diterima masuk di dalam keluarga firaun kerana disitulah bermulanya saat kehancuran firaun.

Begitu juga dengan kisah Maryam AS seorang wanita yang kuat beribadat tetapi telah diuji mengandungkan Nabi Isa AS tanpa seorang bapa. Namun tetap percaya Allah SWT memilih dirinya kerana ingin menguji dari sudut kesabaran dan kekuatan dalam menerima ujian. Kerana setiap ujian yang menimpa adalah tanda kasih tuhan kepada hambanya.

Begitu juga dengan kisah Zulaikha isteri firaun yang dahulunya kalah dengan godaan nafsu sendiri setelah melihat ketampanan Nabi Yusof AS namun akhirnya sanggup mengorbankan segalanya demi mengejar peluang syurga.

Hakikatnya kejadian wanita itu mempunyai sebab dan peranannya yang tertentu dan sudah tentu ianyanya bukan sia-sia. Kisah lalu bukan penyebab ianya buruk selama-lamanya dan tidak boleh memperbaiki diri malah mungkin lebih baik. 

__________ ***__________

Review :

Sememangnya penindasan dan kezaliman kepada kaum hawa masih berlaku sehingga kini. Tidak kira lelaki atau perempuan kerana Allah SWT menjadikan semua makhluk di muka bumi bersebab serta mempunyai peranan masing-masing yang saling melengkapi. Sebagai contoh lelaki adalah pemimpin dan wanita itu sumber kekuatan serta pendorong untuk melengkapi. 

Dan wanita itu bukan untuk ditindas atau direndah-rendahkan martabatnya. Ketidaksempurnaan itu kadangkala menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya dan sedar untuk memperbaiki diri. Sama ada sempurna atau tidak seseorang itu hanya Allah SWT yang mampu menilainya.

Buku yang sangat bagus, sesuai dibaca lelaki dan perempuan. Serta memberi kesedaran untuk kita terus belajar dan sentiasa menjaga martabat sesama kita sebagai hambanya.

" Erti Beragama Yang Hilang" | Book Review

Wednesday, October 13, 2021

Penulis : Hasrizal Abdul Jamil | Cetakan Pertama Jan 2021 ( 3 cetakan)

Sinopsis :

Buku motivasi ini merungkai kehidupan yang sering dilupakan serta disalahfahami dari sudut agama serta pandangan Islam. Dilahirkan sebagai seorang muslim itu tidak bermakna kita sudah menjadi seorang muslim yang sebenarnya. Mengaku kita sebagai seorang Islam juga belum tentu kita telah mencerminkan diri kita sebagai seorang Islam sejati.

Kuat beribadah tetapi masih mempunyai sikap menindas orang lain, merendah-rendahkan martabat sesama Islam, masih mementingkan diri, masih membanding-bandingkan malah ada yang bermusuh sesama saudara Islam. Di mana akhlak serta akidah sebagai seorang Islam.

Adakah ini cerminan sebenar seseorang yang beragama? Adakah melaksanakan amalan wajib itu kita sudah yakin yang kita sudah cukup bagus berbanding orang lain. Hakikatnya pada hari ini penerapan nilai-nilai Islam sering dilupakan serta disalahguna.

Keperluan kehidupan haruslah seiring dengan kesempurnaan amalan ibadah, akidah serta akhlak yang baik. Ini penting agar kehidupan yang baik kita jalani di dunia dapat membawa kenikmatan juga di akhirat kelak.

__________ ***__________

Review :

Buku yang sangat bagus yang mempunyai teguran bermanfaat buat kita semua. Saya juga bersetuju dengan apa yang penulis ingin sampaikan kerana apa yang dinyatakan sememangnya berlaku kepada kehidupan kita pada hari ini.

Tidak kira di dalam hubungan keluarga, pekerjaan malah kehidupan di sekeliling kita. Seperti berlaku permusuhan keluarga melibatkan harta, berlaku saling dengki mendengki sesama rakan sekerja dan berlaku pernindasan sesama Islam.

Jadi, segala teguran yang penulis nyatakan di dalam buku ini dapat membawa kita kembali ke landasan yang sebenar. Menjadi seorang Islam bukan hanya cukup amal ibadatnya tetapi juga mempunyai akidah yang baik di dalam kehidupan.

" Light For The Lost Soul - Volume 1 " | Book Review

Penulis :   Mizz Nina | Cetakan Pertama Feb 2021          

Sinopsis :

Buku ini menceritakan kisah hidup penulis iaitu Mizznina, seorang penyanyi terkenal antarabangsa tentang bagaimana perjalanan beliau setelah menemui spiritual yang dicarinya selama ini. Yang mana, beliau telah memutuskan untuk meninggalkan kehidupan duniawi kepada pengembaraan mencari cahaya tuhan dan kedamaian pada jiwanya yang telah lama kosong.

Biarpun sudah mempunyai nama, kekayaan dan kemahsyuran namun itu tidak pernah membuatkan hatinya tenang malah bagaikan masih ada yang kurang. Dan, itu juga menjadi titik tolak pencarian sehingga beliau menemui kedamaian dan cahaya yang dicarinya selama ini.

Mizznina turut menyelitkan bagaimana proses serta inspirasi kepada penghijrahan beliau. Terutama kesungguhannya di dalam mencari dan berkongsi ilmu dalam pengajaran Al-Quran, pembacaan serta pengajian beliau. Malah, Mizznina turut meluahkan isi hatinya melalui bait-bait puisi karangan beliau.

Penghijrahan yang dilalui bagaikan kesedaran untuk saling mengingati akan tujuan sebenar hidup kita didunia. Bergantunglah kepada pencipta di dalam apa jua keadaan bukan kepada manusia semata-mata. Menyakini bahawa tiada hidup yang kekal abadi melainkan akhirat cuma.

Mizznina meletakkan harapan agar pengalaman yang diceritakan di dalam buku ini dapat menjadi sumber inspirasi buat mereka yang hilang arah serta mahu kembali seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini.

__________ ***__________

Review :

Bagi saya buku ini bukan sahaja boleh dijadikan panduan buat mereka yang ingin kembali kepangkal jalan. Malah mampu memberi kesedaran kepada kita yang juga kadangkala terleka kerana terlalu seronok dengan janji-janji manis dunia. 

Sebagai contoh kita sedar yang kita lakukan adalah salah tetapi masih tiada kesedaran untuk berubah. Seolah-olah menganggap kita masih muda atau esok masih ada masa lagi. Kita masih terleka dan lupa apa peranan kita sebagai seorang Islam yang sepatutnya.

Jadi, buku ini sangat bertepatan bukan sahaja menceritakan kisah penghijrahan penulis tetapi juga peringatan buat kita semua tentang tanggungjawab kita di muka bumi. Yang mana, pengakhiran kita bukan sahaja di dunia tetapi adalah untuk mendapat tempat yang terbaik di akhirat.

" Letters To God "| Book Review

Friday, October 1, 2021

Penulis :    Norhafsah Hamid | Cetakan Pertama 2018 (15 cetakan)          
               
Sinopsis :
"Buku ini mengisahkan perjalanan hidup Sarah di dalam melalui pahit manis liku-liku kehidupan dunia yang penuh mencabar. Cuba menyesuaikan diri dengan dunia persahabatan, keadaan sekeliling yang kadangkala begitu menyakitkan dan permusuhan yang mengundang ketidakpuasan hati seseorang. 

Ada ketika Sarah seperti hilang arah dan tiada tempat untuk diluahkan. Akhirnya Sarah mengambil keputusan untuk mengadu dan berkongsi dengan sang pencipta. Mendekatkan diri secara rohani kepada pencipta dengan bercerita, meluah rasa hati, masalah, ketidakpuasan, kegembiraan dan melahirkan rasa syukur.

Hanya pencipta yang memahami hatinya, maha mendengar, penguat semangatnya, setia dan akan sentiasa ada disisi tidak kira di mana dan di dalam apa jua masalah yang dilalui untuk kuat melalui cerita hidup. Dengan menulis surat kepada pencipta Sarah berkongsi segala-galanya."

__________ ***__________

Review :

Buku ini sangat menarik kerana banyak menceritakan tentang spiritual antara kita dengan pencipta. Di mana ianya secara tidak langsung memberi satu mesej yang kadangkala di antara kita yang semakin lupa. Di mana di dalam apa jua yang kita lalui dan tempuhi di dalam kehidupan ini, kita perlu sentiasa dekat dengan pencipta dan jangan sekali-kali melupakannya. 

Ini kerana setiap cerita di dalam kehidupan kita adalah sesuatu yang telah dicorakkan olehnya. Jadi, sangat penting kita mengutamakan pencipta dalam segala hal yang kita lakukan. Hanya pencipta tempat terbaik untuk kita bersandar, berkongsi kegembiraan juga kesusahan. Kerana 'DIA' maha mendengar, kerana 'DIA' sangat setia, kerana 'DIA' akan ada disisi kita tidak kira ketika susah mahupun senang.