"Seni Berfikir Yang Hilang" | Book Review

Friday, November 12, 2021

 


Penulis : Hasrizal Abdul Jamil | Cetakan Pertama Jan 2020 ( 8 cetakan)


Sinopsis :


Di dalam buku ini, penulis cuba merungkai sebuah buku yang tidak popular pernah ditulis oleh seorang tokoh terkenal iaitu Dr. Yusuf Al-Qardawi. Beliau memang terkenal mengarang banyak buku tetapi buku yang tidak terkenal inilah cuba dikupas oleh penulis kerana bertepatan dengan isu yang cuba diselesaikan.

Mungkin buku ini tidak popular kerana dianggap tidak penting untuk diketengahkan. Tetapi hakikatnya bagi orang yang betul-betul faham apa yang cuba dirungkai oleh Dr. Yusuf Al-Qardawi ini sebenarnya sangat bertepatan dengan apa yang berlaku pada generasi hari ini.

Antaranya mengenai 6 cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai iaitu Ilmu Agama, Ilmu Sejarah, Ilmu Sastera dan Bahasa, Ilmu Kemanusiaan, Ilmu Sains serta Ilmu Hal Ehwal Semasa. Ini kerana, hanya dengan ilmu kita dapat membentuk cara kita berfikir yang sepatutnya. Dan, sekaligus membantu kita menghadapi isu-isu kehidupan dengan lebih matang dan bijak.

Syeikh Yusof Al-Qardawi juga mengatakan bahawa umat Islam adalah umat dakwah. Dan, memang kita tidak dapat lari asas dakwah itu kerana inilah yang menjadikan kita mulia seperti yang Allah SWT mahukan. Maka, perlunya bekalan iman, akhlak dan ilmu. Tanpa ketiga-tiga ini maka sukar bagi sesuatu dakwah itu disampaikan dan tidak berjaya difahami.

Dengan berbekalkan iman kita akan lebih yakin dan punya kekuatan. Manakala dengan akhlak yang baik akan menjadi cerminan peribadi yang mulia. Dan, dengan adanya ilmu maka mudah menjadi sokongan serta penguat kepada sesuatu hujah supaya ianya tidak kosong semata-mata.


__________ ***__________



Review :


Apa yang boleh saya simpulkan dari buku ini adalah penulis menasihatkan kita supaya tidak menjadi umat Islam yang malas berfikir. Bukan semata-mata untuk dakwah tetapi cara bagaimana kita menghadapi perjalanan kehidupan. Jangan bergantung dengan apa yang kita lihat, baca dan dengar semata-mata. Kita perlu ada kesedaran untuk mendalaminya supaya apa yang kita lihat, baca dan dengar itu adalah benar dan sahih.


Kebimbangan penulis bukan itu sahaja, tetapi juga atas kebimbangan lambakan maklumat yang tidak sahih sehingga menjerumuskan umat Islam hari ini kepada kepercayaan yang tidak benar disebabkan oleh masalah kecetekan ilmu pengetahuan untuk berfikir.


Penulis juga tidak mahu kita hanya menjadi umat Islam yang hanya mengatakan tidak tahu sahaja dan menjadikan sifat malas berfikir itu terus menular dalam diri. Seni berfikir itu sebenarnya menjadikan kita contoh terbaik dan cerminan Islam itu sendiri. Kerana, kita adalah makhluk terbaik yang Allah ciptakan di bumi dan seharusnya kita juga sedar tujuan kita diciptakan.


Jangan lupa dapatkan buku ini & click picture dibawah...







Comments

  1. Nak cari dan baca lah buku ni. Sangat bermanfaat penulisan Syeikh Yusof Qardawi ni. Kena juga baca penulisan ilmiah macam ni.

    ReplyDelete
  2. good book and good review, betu la apa kata penulis tu, tapi tak mudah nak educate, awareness melalui buku lagi la susah nak educate people kan, mula dengan diri sendiri je la. thanks sharing

    ReplyDelete
  3. jarang bajunbuku genre motivasi.. tapi bila baca review nampak mcm menarik

    ReplyDelete
  4. Sounds like a good book to read. I'll add this book to my TBR. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. Zaman sekarang penuh cabaran. Fitnah pun makin berleluasa. Sebab tu islam pentingkan ilmu dalam semua bidang supaya kita bijak menilai dan jadi contoh pendakwah yg sepatutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat sekali ana, walaupun kita bukan kalangan ustaz atau ustazah atlist dgn ilmu yang ada dpt membantu penilaian cara kita berfikir bersesuaian dengan tempat dan masa yg boleh dijadikan contoh supaya kita dapat memberi cerminan terbaik sebagai seorang Islam.

      Delete
  6. Thanks for sharing this book review here , enjoy reading your sharing as I'm reading the book summary with you. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete