Mengundi | PRU Melaka Dah Selesai

Monday, November 22, 2021

Sejak hampir 2 minggu lepas negeri Melaka agak sibuk dalam proses kempen di atas sebab berlakunya pembubaran DUN. Walaupun berkempen dalam suasana penuh SOP tetapi kerancakkannya bukan main. Deretan jalan raya hampir penuh dengan bendera-bendera parti dan gambar-gambar calon wakil rakyat yang dipilih mengikut DUN masing-masing. 


    


Bagai ingin berperanglah. Selagi mana boleh dipacak bendera selagi itulah mereka terus rancak memainkan peranan menyemarakkan proses Pilihanraya Umum Melaka (PRU Melaka) kali ini. Dan, kalau tak silap saya ini first time berlaku pembubaran DUN di negeri Melaka ni. 


Sejujurnya saya tak begitu berminat nak cerita bab politik-politik ni. Rasa-rasanya readers pon tahu kenapa kan. Lagipun dengan keadaan kita yang baru nak pulih sekarang dari covid-19 ni time tu jugalah timbul kontroversi ketidakpuasan antara-antara wakil rakyat sampai berlakunya pembubaran DUN ini. Tapi, saya tak nak komen bab-bab tu macam saya cakap tadilah bab politik-politik saya tak nak komen lebih.


Cuma, apa yang saya nak kongsi di sini hanyalah pengalaman mengundi dan sedikit suasana PRU di Melaka pada sabtu lepas yang walaupun saya sendiri hampir-hampir tak nak keluar mengundi. Faktornya dah tentulah sebab covid-19 lah. Pengalaman yang berlaku di Sabah dan Sarawak masih terbayang-bayang lagi angka-angka jangkitan naik mendadak.


Jadi, sudah tentulah faktor kerisauan jika perkara yang sama berulang pula di Melaka ni. Bukanlah nak bersangka tidak baik tapi inilah hakikat kalau kita leka dan tak endah SOP jika tidak dijaga. Berkempen memang seronok tapi akibat dari kealpaan itulah yang saya bimbangkan. Mohon mintak yang baik-baik sahajalah.


Ok, berbalik kepada proses PRU Melaka kali ini kalau saya tak silap ada 28 kerusi yang telah dipertandingkan yang dipecahkan mengikut DUN. Untuk di kawasan saya pula, kami telah di letakkan di bahagian DUN Rim. Di mana ada 3 penjuru parti yang di pertandingkan iaitu Barisan Nasional (BN) , Pakatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). 


Tempat saya mengundi pula adalah di sekolah rendah lama saya sahaja. Memandangkan kita masih dalam covid kami digalakkan pergi mengundi waktu yang dicadangkan untuk mengelakkan kesesakan semasa proses mengundi. Kalau diikutkan waktu saya harus keluar mengundi adalah pada jam 10 pagi tetapi memandangkan pagi tu perut saya meragam terpaksalah saya pergi lewat sedikit.


Walaupun memang agak keberatan nak mengundi hari sabtu lepas tapi saya tetap keluar juga sebagai rasa tanggungjawab saya sebagai rakyat. Yang penting SOP kita jaga sebaik mungkin. Ok, hari sabtu lepas saya telah keluar mengundi dengan mak dan mak sedara yang pulang dari tampin. Selagi, kita tak tukar tempat mengundi dan kalau ingin mengundi walaupun duduk jauh memang kena baliklah. 


Kiranya hari tu saya telah keluar mengundi pada jam 12 tengahari. Dan, alhamdulillah proses memangkah undi sabtu lepas berjalan lancar, cepat dan tanpa ada kesesakan di tempat mengundi. Macam biasalah kita masuk ke pusat mengundi scan suhu, check-in my sejahtera, sanitize dan terus kepada pegawai SPR untuk mengambil nombor bagi menentukan bilik memangkah undi. Beratur sekejap dalam 10 ke 15 minit, masuk bilik mengundi, pangkahlah mana wakil kita rasakan layak and done. Memang cepat sangat-sangat.






Dan, satu culture yang saya boleh lihat semasa di hari mengundi ini adalah friendship. Di mana di pusat mengundilah akan menemukan kembali rakan-rakan yang telah lama terpisah. Mungkin masa tu taklah lama tapi sangat berharga. Cuma, saya je yang tak ada rezeki nak berjumpa dengan rakan-rakan sekolah saya maybe waktu yang tidak sama. Tapi, tak apalah melihat telatah mereka, saya turut berkongsi bahagia dan yang penting saya telah selamat mengundi.



Dan, seperti kita sedia maklum pada sebelah malam keputusan pon telah diperolehi. Bagi saya, sesiapa pun wakil yang menang dan bakal memimpin Melaka ini tak penting. Selagi adanya pemimpin yang ikhlas serta jujur menjalankan amanah Insyaallah nasib rakyat melaka akan terbela. Dan, semoga dijauhkan dari pemimpin yang hanya mementingkan nama dan kuasa semata-mata. 


"Melaka Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Mengamit Dunia"

Comments

  1. sama la kita sndiri tak suka sngt nk ambil tahu bab politik ni. ada kes bertikam lidah bgai..mcm xde arah tujuan je. mls nk amk thu..hahaha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah selesai.. semoga membuat pilihan yg bijak

    ReplyDelete
  3. Okla da selesai. Itulah risau jugak sb ramai org yang akan keluar kan. Hope tiada kes cluster mcm sebelum ni la ya.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dah selesai, kuasa memilih telah diberikan kepada penduduk melaka. Harap kes tak naik sebab PRN ni la

    ReplyDelete
    Replies
    1. mintak dijauhkan lah..kita ni pon hanya menjalankan tanggungjawb kalau tak memang tak nk pegi dah..ttp bila fikir balik kena juga mengundi sbb fikir masa depan rakyat Melaka juga.

      Delete
  5. wow, thanks for sharing your amazing personal experience. i am so happy for you that this is over and you've done your part for a greater change! :)

    ReplyDelete
  6. nampak tenang jer proses pengundian.. moga yng terpilih dapat bertugas dengan penuh semangat dan membantu masyarakat

    ReplyDelete
  7. Tahniah kerana telah menjalankan tanggungjawab sebagai pemilih. Rawlins pun tak suka politik tapi kalau dah nampak kawasan makin tak terjaga, terpaksa pilih la kan hehe

    ReplyDelete
  8. I tak suka politik Kotor... Mula Mula harap gagasan bebas menang sebab boleh Selamatkan Malaysia Dari pemimpin rakus... Tapi hopefully semua yang terpilih jalankan tanggungjawan dengan amanah dah tidak diskriminasi

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada org Melaka telah melaksanakan tanggungjawab dan juga memilih kerajaan negeri agar tiada lagi yang goyang-goyang lepas ni kekal tuk kemajuan Melaka 5 tahun lagi...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah! kenangan tu bukan senang nak mraasa mengundi dalm pkp atau norma baharu kan. apa pun tahniah buat semua yang berjaya dan harap melaka terus maju jaya

    ReplyDelete