Ruang Bekerja Yang Menarik Memberi Mood Positif

Tuesday, November 9, 2021

Saya rasa bagi sesetengah kita ada yang lebih suka mempunyai ruang privacy untuk dia bekerja. Tidak kiralah ketika ingin menulis blog, menelaah bahan bacaan, ruang pembelajaran ataupun mereka yang menjalankan kerja secara online. Namun, tidak kurang juga ada yang lebih suka memilih untuk membuat kerja secara lebih santai di mana-mana tempat atau sudut yang mereka suka. 


Tetapi kalau di tanya pada saya pula, sememangnya saya lebih suka mempunyai private place untuk bekerja.  Sebabnya saya akan rasa lebih fokus dan tak mengganggu ruang lain di dalam rumah dengan kerja-kerja yang belum siap. Oleh itu, ruang bekerja bukan lah sekadar hanya ada meja, kerusi, laptop atau desktop computer, buku nota ataupun beberapa alat tulis sahaja. Itu sudah pasti membosankan. 


Saya pula lebih suka ruang kerja yang ringkas dan kemas serta ada sedikit aura artistik. Tak perlu ada macam-macam atas meja tu yang penting dapat memberi mood positif ketika kita bekerja. Betul tak???...


Okay, jadi hari ini saya sekadar ingin berkongsi idea ruang bekerja saya yang telah di make over. Mana tahu mungkin boleh menjadi inspirasi kepada readers di luar sana yang juga ingin mengubah ruang bekerja menjadi lebih menarik. Ataupun, mungkin readers ada idea lagi bagus dan lebih menarik yang boleh dikongsi.




Sudut Bekerja

Perkara pertama yang saya titik beratkan adalah di mana ruang untuk saya letakkan meja saya bekerja. Salah satu sebabnya, saya tidak mahu mengganggu ruang-ruang lain yang ada di dalam rumah. Saya tak perlukan ruangan yang luas yang penting sudut tu menarik dan selesa ketika saya melakukan kerja-kerja saya.


Selalunya, saya akan memilih sudut yang lebih terang yang memberi ruang pencahayaan yang baik seperti di sudut berdekatan tingkap atau sudut yang lebih terang. Bukan apa, kalau saya memilih sudut yang gelap ianya sudah pasti akan mengganggu penglihatan saya yang rabun ni. Dan kali ini saya memilih di tepi dinding di dalam kamar tidur saya. 




Susun Atur Atas Meja

Untuk bahagian susun atur pula, macam saya sudah bagitau saya suka yang ringkas tetapi kemas. Oleh itu, saya memilih barang yang betul-betul perlu sahaja berada di atas meja. Lagipun sudut bekerja saya berada di kamar tidur dan saya tidak mahu nampak terlalu sempit. Oleh itu, saya telah menukar table top ikea sebelum ini kepada table  lebih kecil sedikit. 



Memandangkan lately saya suka barang-barang jenis kayu dan berunsur nature maka saya telah gantikan table top ikea yang lama dengan table top jenis rubber wood (inilah akibat terpengaruh dengan lifestyle youtuber dari korea...hihihi). Yang pasti coraknya memang cantik dan menepati citarasa saya. Pembeli pon boleh custom size mengikut ukuran yang mereka mahukan.

Di ruangan atas meja pula saya hanya meletakkan laptop, notebook pilihan, sticker & washi tape for my book journal, handphone stand, mini diffuser untuk memberi aroma yang menyenangkan dan lampu meja jika saya membaca atau menulis lewat malam. Manakala di sudut kiri meja saya letakkan drawer untuk meletakkan lain-lain barang stationary saya.




Hiasan

Wanita dan hiasan memang tak boleh berpisah. Jadi untuk menaikkan lagi mood suasana saya bekerja saya telah membeli pasu kaca kecil bersama bunga kering serta jam comel untuk mengingatkan saya tentang masa yang bergerak sangat pantas. 





Dan memandangkan meja saya menggadap dinding bukan tingkap so, saya tampalkan  dengan gambar-gambar, note kecil dan quote supaya tidak terlalu kosong. Last sekali saya beli rack kecil yang boleh di adjust untuk menyusun notebook-notebook penting saya dan lain-lain item.




So, done for my work desk make over. Inilah hasilnya from this to this. Nampak kan sebelum ni meja kerja saya agak berserabut walaupun simple. Lagipun tak salah rasanya jika sekali sekala kita bagi sedikit keceriaan pada ruang kerja kita. 






Kerana, disinilah tempat saya menghabiskan masa berjam-jam lamanya. Tempat saya menulis blog, buat DC, menulis journal, membaca serta study. Kira almost here. Lepas ni semakin semangatlah saya bekerja. 


Lagipun barang yang saya gunakan pun under budget dan kesemuanya saya beli di shopee sahaja. Dan, kalau ada yang berminat di bawah saya listkan link seller-seller di mana yang saya membeli item-item untuk make over work desk saya ni. 


Bunga Kering & Glass Vase Transparenthttps://shopee.com.my/winniewong225


Mini Retro Alarm Clock https://shopee.com.my/meowna_8090


Adjustable Book Shelvehttps://shopee.com.my/cooky9




Diffuser Desktop Aromatherapy USB - https://shopee.com.my/xgamer.my

Comments

  1. Betul tu.nak buat sesuatu kerja , even blogging pun memang kena tengok suasana dan tempat supaya mood tu sampai.selain bersih dan kemas , aura vibe dari deco main peranan penting juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol...kalau tengok persekitaran serabut mood nak menulis pon lari..huhuhu

      Delete
  2. oh.. kalau saya tak kisah sangat tapi saya sukakan persekitaran kerja yang bebas

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya faham memang ada sebilangan kita suke persekitaran kerja bebas..dan tak ada masalah sebenarnya as long persekitaran kita boleh support our mood dan tak membuatkan kita berserabut..

      Delete
  3. Simple but nice. Nampak kemas. Memang kena ada ruang kerja yang menarik dan tersusun. Baru semangat nak buat kerja kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang ruang bekerja memberi lebih keselesaan...

      Delete
  4. setuju.. ruang kerja kemas dan cantik.. boleh mempengaruhi mood seseorang

    ReplyDelete
  5. Ohh yes, I also love my working space comfy & decorated. Thanks for sharing the ideas here. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete