Nak Rambut Sihat? Amalkan Cara Ini

Wednesday, November 10, 2021

    Kaum wanita memang sering mengalami masalah rambut especially mereka yang berambut panjang dan bertudung. Tetapi bukan bermaksud mereka yang berambut pendek tidak mempunyai masalah cuma dua kategori tadi selalunya memerlukan lebih penjagaan. 


Dan, hakikatnya saya juga adalah salah seorang yang mengalami masalah rambut yang tidak sihat ini. Semakin meningkat usia semakin banyak pulak rambut ni gugur. Selalunya masalah-masalah rambut yang biasa kita dengar adalah seperti rambut gugur, rambut bercabang, rambut berkelemumur, rambut putus dan banyak lagi. Kadangkala rambut yang bermasalah ini boleh buat kita rasa stress serta tidak selesa.


Tetapi, zaman sekarang bukan hanya kaum hawa sahaja mengalami masalah rambut ini. Kaum lelaki juga turut mengalaminya. Al-maklumlah kaum adam sekarang pun sudah pandai menitikberatkan penjagaan rambut serta menjaga penampilan diri. Senang cerita husband saya pun mengalami rambut gugur ni.


Ye memang betul. Penggunaan syampu rambut yang sesuai dengan jenis dan masalah rambut serta melakukan treatment rambut adalah penting dan sangat digalakkan. Namun, harus diingat untuk mendapatkan rambut yang sihat kulit kepala juga haruslah sihat. Ini kerana, kulit kepala umpama tanah yang harus dibaja sihat supaya rambut yang keluar nanti juga sihat. Setuju tak?


Jadi, saya pun buatlah sedikit research. Dan, daripada research tu saya dapatlah beberapa maklumat. Dan, dari situ juga dapat saya simpulkan beberapa tips yang boleh kita amalkan bagi membantu memulih dan merawat rambut-rambut bermasalah ini.

 


Cukup Zat Besi


Kalau nak tahu, makanan yang mempunyai zat besi sebenarnya dapat menghalang kebotakan rambut dan secara tidak langsung melebatkan kembali rambut kita. Antaranya zat besi yang terdapat dalam sayur bayam. Kandungan zat besi di dalam bayam mampu bertindak sebagai penguat folikel rambut supaya rambut kita tidak terus mengalami masalah keguguran rambut.




Kaya Vitamin E


Vitamin E banyak terdapat pada kekacang seperti badam. Dengan mengamalkannya rambut kita akan kekal tebal, menggalakkan pertumbuhan rambut, mengelakkan kelemumur, rambut akan lebih kekal sihat bersinar serta mampu melambatkan proses rambut beruban. Dan, kekurangannya juga adalah salah satu punca kenapa masalah keguguran rambut sering terjadi.





Merawat Gangguan Kulit Kepala


Bagi mendapatkan rambut yang sihat. Kulit kepala juga harus dijaga. Ini kerana, jika terdapat jangkitan pada kulit kepala ini juga boleh merosakkan folikel rambut sehingga berlakunya keguguran rambut dan masalah rambut yang tidak sihat. Oleh itu, pastikan apabila mencuci rambut pastikan syampu atau lain-lain bahan treatment rambut dicuci sebersihnya. Agar bahan-bahan tersebut tidak tertinggal sehingga menyumbat liang-liang rambut sehingga terjadinya kelemumur yang mengganggu peredaran darah.





Mengambil Vitamin B Complex


Vitamin B memang tidak asing dalam membantu metabolisma sumber makanan dan  memberi nutrien kepada tubuh badan. Tetapi jangan tak tahu ianya juga bagus untuk rambut. Mengamalkan pengambilan Vitamin B secara berterusan dapat mengurangkan masalah folikel rambut daripada rosak. Oleh itu, jangan lupa tambahkan Vitamin B dalam diet seharian kita seperti vitamin B1, B2, B5 dan B6. Malah kandungan nutrisi yang terdapat di dalam daging tanpa lemak, produk tenusu dan sayuran hijau dikatakan turut membantu. 




Guna Pengering & Pemanas Rambut Dengan Bijak


Pengering rambut memang membantu mengeringkan rambut dengan cepat dan pemanas rambut dapat memberikan gaya rambut yang diidamkan. Tetapi pernahkah kita terfikir penggunaan pengering dan pemanas rambut yang kerap juga boleh menyebabkan rambut cepat putus, rapuh serta berlakunya kerosakkan folikel rambut tanpa kita sedar. Oleh itu, gunakan ianya dengan bijak tidak terlalu panas dan tidak terlalu dekat dengan kulit kepala. Dan, yang penting tidak digunakan terlalu kerap.





Makan Diet Seimbang


Dan, di antara perkara terbaik yang boleh kita lakukan adalah makan makanan yang kaya dengan nutrien. Ini kerana, mengamalkannya dikatakan  dapat menggalakkan pertumbuhan rambut, rambut akan kekal tebal, kita dapat memperoleh rambut yang sihat bersinar serta dapat mengurangkan masalah rambut beruban. Ingat ye mengurangkan bukan menghilangkan uban. Uban dan faktor usia memang tak dapat lari tetapi sekurang-kurangnya kita dapat melambatkan proses tersebut. 


Antaranya pengambilan makanan seimbang seperti telur, ikan, minyak kelapa dan kekacang sangat-sangat membantu dalam proses pembentukan rambut. Jadi, amat penting memiliki makanan yang seimbang kerana rambut yang sihat sebenarnya adalah cerminan apa yang kita makan.





Jadi, inilah maklumat yang mampu saya kongsi. Apa kata kita sama-sama cuba dan mulakan dari sekarang. Insyaallah, jika ianya sesuatu yang sihat sudah pasti yang sihat juga akan kita dapat.

Comments

  1. Opss tak bole komen panjang sebab saya takde rambut hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha...boleh apa...kulit kepala pon kena jaga jugak...hhahahaha

      Delete
  2. Lelaki pun sama ada masalah nie. Rambut I memang akan gugur banyak, especially bila dah panjang sikit. Baru berangan nak simpan macam Anuar Zain, dah kena potong hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi anuar zain...suami saya pon sama jugak nk pjg mcm anuar zain katnya tapi rambut selalu gugur...hihihihi

      Delete
  3. Bagus tips rambut ni. Lebih-lebih diet seimbang. Orang zaman sekarang memang ada masalah makan.

    ReplyDelete
  4. banyak tips yg bermanfaat .. especially dalam penjagaan rambut yg betul

    ReplyDelete
  5. Kita dah sedih makin tak ada rambut dah ni banyak keguguran. Tips ni bagus tapi kita dah terlambat jaga... Nak kena buat rawatan lak hehehehe...

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang bagus mengenai penjagaan rambut. Memang penting terutama yang bertudung kan. Selain jaga rambut kt rumah iena pun akan pergi buat rawatan kat Halabo Hair :)

    ReplyDelete
  7. Tq share tips ni. Rambut Iza pun tgh byk gugur skarang ni. Boleh la cuba tips ni nanti.

    ReplyDelete
  8. Betul tu, tapi yang penting pemilihan syampoo yang betul, kalau salah guna syampoo, memang rosak juga rambut..

    ReplyDelete