" Perempuan Yang Baik-baik Dalam Al-Quran " | Book Review

Tuesday, October 26, 2021



Penulis : Syaari Ab Rahman | Cetakan Pertama Julai 2019 ( 8 cetakan)


Sinopsis :


Tidak semua wanita yang baik-baik itu datang dari wanita yang sempurna. Dan jika kesempurnaan itu tidak dikuatkan dengan iman dan istiqamah ianya juga boleh hanyut bersama mimpi-mimpi dunia. Melalui buku ini, penulis telah mengupas siapakah wanita-wanita yang telah diangkat kedudukannya di sisi Allah SWT melalui kekurangan dan ketidaksempurnaan tersebut.

Sejak zaman jahiliah wanita itu sering di tindas, hak mereka disalahgunakan dan martabatnya yang direndah-rendahkan. Melalui buku ini penulis menceritakan bagaimana Allah SWT telah mengangkat hak-hak wanita, anak-anak perempuan yatim yang dizalimi, dan beberapa kisah tauladan yang lain.

Seperti kisah ibu Nabi Musa A.S yang telah mendapat ilham daripada Allah SWT untuk menghanyutkan Nabi Musa AS ke sungai Nil demi mengelakkan kekejaman firaun yang melakukan penyembelihan anak-anak lelaki ketika itu. Tetapi hakikatnya, Nabi Musa AS sememangnya telah ditakdir untuk sampai ke istana firaun dan diterima masuk di dalam keluarga firaun kerana disitulah bermulanya saat kehancuran firaun.

Begitu juga dengan kisah Maryam AS seorang wanita yang kuat beribadat tetapi telah diuji mengandungkan Nabi Isa AS tanpa seorang bapa. Namun tetap percaya Allah SWT memilih dirinya kerana ingin menguji dari sudut kesabaran dan kekuatan dalam menerima ujian. Kerana setiap ujian yang menimpa adalah tanda kasih tuhan kepada hambanya.

Begitu juga dengan kisah Zulaikha isteri firaun yang dahulunya kalah dengan godaan nafsu sendiri setelah melihat ketampanan Nabi Yusof AS namun akhirnya sanggup mengorbankan segalanya demi mengejar peluang syurga.

Hakikatnya kejadian wanita itu mempunyai sebab dan peranannya yang tertentu dan sudah tentu ianyanya bukan sia-sia. Kisah lalu bukan penyebab ianya buruk selama-lamanya dan tidak boleh memperbaiki diri malah mungkin lebih baik. 


__________ ***__________



Review :


Sememangnya penindasan dan kezaliman kepada kaum hawa masih berlaku sehingga kini. Tidak kira lelaki atau perempuan kerana Allah SWT menjadikan semua makhluk di muka bumi bersebab serta mempunyai peranan masing-masing yang saling melengkapi. Sebagai contoh lelaki adalah pemimpin dan wanita itu sumber kekuatan serta pendorong untuk melengkapi. 


Dan wanita itu bukan untuk ditindas atau direndah-rendahkan martabatnya. Ketidaksempurnaan itu kadangkala menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya dan sedar untuk memperbaiki diri. Sama ada sempurna atau tidak seseorang itu hanya Allah SWT yang mampu menilainya.


Buku yang sangat bagus, sesuai dibaca lelaki dan perempuan. Serta memberi kesedaran untuk kita terus belajar dan sentiasa menjaga martabat sesama kita sebagai hambanya.



Jangan lupa dapatkan buku ini & click picture dibawah...





Comments

  1. Bagusnya ada disenaraikan sebegini. Senang untuk parents buat rujukan dan belajar kisah sebelum namakan anak masing-masing kan. Juga boleh dijadikan panduan untuk perindah dan perbaiki hidup kan.

    ReplyDelete
  2. Hari tu ada ternampak penulis dia. Sekarang ni publisher tengah buat signing event kan dengan penulis dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke..kalau dekat boleh dah join event dia..antra penulisan yang bagus pernah sya baca..

      Delete
  3. Thanks for sharing this book, there are many good thoughts and practices in it.

    ReplyDelete
  4. Sis ada buku ni, cuma dah lama, agak lupa isi kandungan dia dah, bagus ni utk peringatan dan tauladan bersama..

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak baca buku-buku inspirasi macam ni. Ada masa memang nak membaca balik lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun lama xmembaca rse rugi banyak masa terbuang..since dh jd housewife ni lah peluang untuk saya tmabah ilmu semua sbb life is learning dan byk perkara yang kta perlu belajar lgi..

      Delete
  6. Interesting juga ya buku ni. Sgt menepati masa juga utk dibaca oleh semua tak kira laki or perempuan

    ReplyDelete
  7. Suka baca buka inspirasi macam ni. Wanita memang hebat! Cuma dari kekurangan mereka bangkit jadi seseorang. Nak cari buku ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kadang2 dari jatuh dia bangkit...if nina nak beli online just click link di atas.banyak buku2 menarik yang nina akan jumpa nanti..insyaallah..

      Delete
  8. i think all woman need thia book...

    ReplyDelete