Welcome October

Tuesday, October 5, 2021

Gambar Hiasan 

Oktober oh oktober...Pejam celik dah masuk bulan Oktober. Cepat betul masa berlalu kan. Lagi beberapa bulan tahun 2021 akan meninggalkan kita dan tahun 2022 insyaallah bakal menjengah. Mungkin 2 tahun kebelakangan ini tidak sama seperti tahun-tahun sudah. Banyak dugaan dan ujian yang datang. Mungkin juga ada rancangan dan plan yang telah dirancang sekian lama tidak menjadi. 


Tetapi walau apa pun rancangan kita sebelum ini, saya rasa kita perlu bersyukur. Biarpun kita masih di dalam fasa pandermik ke fasa epidemik sedikit demi sedikit kelonggaran bagaikan nafas baru untuk kita lebih menghargai.


Seperti beberapa destinasi pelancongan terkenal telah dibuka kepada pengunjung, sesi persekolahan pun sudah mula dibuka dan kabarnya kebenaran rentas negeri akan bermula tidak lama lagi. Tetapi mungkin secara berperingkat mengikut fasa negeri masing-masing. Saya rasa itu sudah satu berita baik buat kita bukan.


Tetapi, apabila kebenaran yang diberi jangan pula disalah guna. Kehidupan kita tidak sama seperti 2 tahun yang lalu. Kawalan kendiri, menjaga SOP dan berjaga-jaga bagai reminder kehidupan kita hari ini. Pengalaman jangkitan yang mendadak naik secara drastik sehingga menyebabkan kita terkurung berbulan-bulan lamanya harus diingat sentiasa. 


Bukan senang kita nak melalui setiap fasa sehinggalah pada hari ini kerajaan telah membuka peluang sedikit demi sedikit untuk kita keluar dari kepompong yang setelah sekian lama. Hargailah usaha mereka dan hentikan salah menyalahkan. Ianya mungkin dah tak sama seperti sebelum ini tetapi inilah kehidupan baru kita sekarang dan kita perlu terima dan belajar.


Sekarang pun angka jangkitan semakin menurun. Ini juga suatu kejayaan buat kita yang sentiasa menjaga SOP, mengambil vaksin dan menitik beratkan kesihatan yang dulunya kurang kita ambil peduli. Dalam erti kata lain kita dah boleh menerima dan inilah kehidupan yang kita jalani sekarang.


Jadi, apa yang saya cuma ingin tekankan untuk topik kali ini ialah harapan. Harapan yang oktober ini menjadi semangat baru untuk kita memulakan langkah baru untuk hargai segala peluang yang masih ada. Ambil peluang menghargai diri, keluarga dan orang-orang yang kita sayang. Belajar untuk tidak mementingkan diri dan ingat orang-orang disekeliling kita. Saling mengingati dan bina semangat baru.


"Jangan katakan hidup itu sulit,

Tetapi katakan hidup itu ANUGERAH "...


Comments

  1. betul tu sekejap je masa berlalu nak penghujung tahun dah..anak2 pun sekolah beberapa bulan je..hope tahun depan akan lebih baik kan..

    ReplyDelete
  2. Moga semuanya dipermudahkan nak kena hidup dengan Covid ni. Moga kita semua terhindar dari penyakit merbahaya ni. Anak2 pun dah nak mula sekolah. Moga semuanya baik2 belaka.

    ReplyDelete
  3. insyaallah semoga kita semua dilindungi dan berjaln lancar dlm kehidupan baru ini...

    ReplyDelete
  4. Hmm... I couldn't agree with you more. Time flies by so fast. I also can't believe it is October. I hope October will be kind to all of us.

    ReplyDelete
  5. Memang sekejap je rasanya 2020 dan 2021 kan sebab kita terkurung je kan. Moga 2022 membawa sinar harapan lebih indah untuk kita semua kan.

    ReplyDelete
  6. such a good reminder... dunia masih belum betul2 sihat, kita kena sentiasa beringat untuk tak pentingkan diri

    ReplyDelete
  7. Semoga masuk bulan baru nie memberi byk kebaikan utk kita semua. Satu tahun yg hanya banyak luang masa dalam rumah sahaja. Sedih juga bila dikenang

    ReplyDelete
  8. Tak sangka kann dua tahun kita redah pandemik ni, dari suka jalan, dah duduk rumah, dari makan luar, dah banyak masak.. ermmm moga bulan mendatang akan lebih dari sebelum ni...

    ReplyDelete
  9. Oktober my best month hehehe tapi tu la dah lama dah kita pkp kan. Moga hujung2 tahun ni negara kita makin pulih

    ReplyDelete
  10. tak sangka kan kejap jer.masa berlalu.. 2 tahun dah.. moga semua berakhir dengan baik

    ReplyDelete