" Light For The Lost Soul - Volume 1 " | Book Review

Wednesday, October 13, 2021

 



Penulis :   Mizz Nina | Cetakan Pertama Feb 2021          

               
Sinopsis :

Buku ini menceritakan kisah hidup penulis iaitu Mizznina, seorang penyanyi terkenal antarabangsa tentang bagaimana perjalanan beliau setelah menemui spiritual yang dicarinya selama ini. Yang mana, beliau telah memutuskan untuk meninggalkan kehidupan duniawi kepada pengembaraan mencari cahaya tuhan dan kedamaian pada jiwanya yang telah lama kosong.

Biarpun sudah mempunyai nama, kekayaan dan kemahsyuran namun itu tidak pernah membuatkan hatinya tenang malah bagaikan masih ada yang kurang. Dan, itu juga menjadi titik tolak pencarian sehingga beliau menemui kedamaian dan cahaya yang dicarinya selama ini.

Mizznina turut menyelitkan bagaimana proses serta inspirasi kepada penghijrahan beliau. Terutama kesungguhannya di dalam mencari dan berkongsi ilmu dalam pengajaran Al-Quran, pembacaan serta pengajian beliau. Malah, Mizznina turut meluahkan isi hatinya melalui bait-bait puisi karangan beliau.

Penghijrahan yang dilalui bagaikan kesedaran untuk saling mengingati akan tujuan sebenar hidup kita didunia. Bergantunglah kepada pencipta di dalam apa jua keadaan bukan kepada manusia semata-mata. Menyakini bahawa tiada hidup yang kekal abadi melainkan akhirat cuma.

Mizznina meletakkan harapan agar pengalaman yang diceritakan di dalam buku ini dapat menjadi sumber inspirasi buat mereka yang hilang arah serta mahu kembali seperti yang pernah dilaluinya sebelum ini.


__________ ***__________


Review :


Bagi saya buku ini bukan sahaja boleh dijadikan panduan buat mereka yang ingin kembali kepangkal jalan. Malah mampu memberi kesedaran kepada kita yang juga kadangkala terleka kerana terlalu seronok dengan janji-janji manis dunia. 


Sebagai contoh kita sedar yang kita lakukan adalah salah tetapi masih tiada kesedaran untuk berubah. Seolah-olah menganggap kita masih muda atau esok masih ada masa lagi. Kita masih terleka dan lupa apa peranan kita sebagai seorang Islam yang sepatutnya.


Jadi, buku ini sangat bertepatan bukan sahaja menceritakan kisah penghijrahan penulis tetapi juga peringatan buat kita semua tentang tanggungjawab kita di muka bumi. Yang mana, pengakhiran kita bukan sahaja di dunia tetapi adalah untuk mendapat tempat yang terbaik di akhirat.


Jangan lupa dapatkan buku ini & click picture dibawah...





Comments