"Emak"...Today Her Birthday

Thursday, November 11, 2021

Ada yang panggil ibu, ada yang panggil mak, ada yang panggil umi, ada yang panggil mama dan ada juga yang panggil mummy. Tidak kira panggilan yang mana kita pilih dialah wanita yang telah mengandung dan melahirkan kita ke dunia ni. 


Orangnya kecil tapi kalau berjalan saya yang muda pun tak mampu nak follow. Tapi itu dulu semasa muda dan sihatnya. Wanita yang jarang memberi pelukkan, jenis tak suka menunjukkan kasih sayang tetapi tidak pernah mengabaikan bilamana anak meminta. Susah mengatakan tidak sekalipun sukar memperolehi tetapi tetap diusahakan juga.


Bergaduh, tak sependapat, bermasam muka itulah bahana emak anak sulung dan saya anak bongsu yang tak mahu mengalah. Tetapi kalau dah ngham mulut bercerita berjam-jam tak tahu bila nak berhenti. Itulah ragam antara emak dan anak. Bagai air dicincang memang tak akan putus. Bagai laut bergelora pasti ada tenangnya jua.


Dialah wanita yang saya panggil " Emak " atau ringkasnya mak. Hari ini, 11 November 2021 genap usia emak yang ke-72 tahun. Begitu cepatnya masa berlalu. Masih terbayang wajah dan tenaga sihat emak yang dahulu. Biarpun sudah menginjak usia hakikatnya emak masih kuat. Cuma terbatas atas faktor kesihatan dan penyakit yang emak hadapi. 


Kalau tak, bukan Puan Odah lah namanya. Wanita yang mudanya aktif memasuki pertandingan gubahan, berzanji, dan apatahlagi persatuan atau aktiviti wanita di kampung, surau serta masjid. Nama yang sering dipetik untuk mewakili kampung serta daerah. Lagaknya macam pemalu tetapi jarang menolak dan jarang mengecewakan. 


Tetapi itu dulu. Sekarang emak pun semakin uzur dan tak sekuat dulu. Kadangkala saya terfikir "sudah cukupkah aku berbakti padanya dan sudah terbaikkah apa yang aku lakukan untuknya"...Masa arwah ayah saya pergi saya masih berada di awal semester dan saya masih belum sempat berbakti malah masih mengharap bantuan emak ayah lagi.


Tetapi, apabila ayah dah tak ada emak lah sandaran untuk saya bangkit walaupun memang saya down waktu tu. Emak tak pernah putus asa. Sentiasa pastikan saya terus kuat dan berjaya menamatkan pengajian sekalipun hanya berlabelkan seorang surirumah dan sedikit dari pencen arwah ayah.


Walau bagaimanapun, Alhamdulillah saya masih punya emak dan adik beradik kerana mungkin ada lagi yang lebih teruk nasibnya. Dan, saya bersyukur walaupun saya tak lah segah orang lain tetapi saya masih mampu menongkah arus kehidupan sendiri. Asas ajaran emak yang tak memanjakan anak-anak tetapi mendidik untuk berani berdepan reality.


Pada, sesiapa yang masih punya emak atau ayah hargailah mereka selagi mereka ada dan selagi Allah beri ruang masa untuk kita bersama. Sesibuk mana kita bekerja, carilah masa biarpun bersua hanya untuk seketika. Kalau duduk jauh tak apa tapi jangan lupa call, sms atau buat video call. Jika, pernah bersengketa jangan jadikan keegoan menjadi benteng pemisah yang tidak mahu dirobohkan. Ingat yeee ini ibu kita..air dicincang takkan putus.


Bukan apa...Jangan sampai permata ini dah hilang baru kita kesal, baru kita nak tercari-cari.




" Ya Allah engkau sayangilah dia, rahmati dan jagakanlah dia untuk aku...Selamat Hari Lahir MAK...Ija sayang Mak 💖 " 

Comments

  1. Terus rasa rindu dekat mak. Bila dah kahwin ni duduk jauh dengan mak. Sebabkan anak bongsu, boleh katakan Iza paling rapat dengan mak. Sedih la baca ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar iza inilah kehidupan..tidak kira dimana kita berada yang penting kita sentiasa ingat n ambil tahu mak kita itu yg pntg...

      Delete
  2. Selamat ulang tahu kelahiran makcik moga terus sihat dan juga bahagia diberikan umur yang panjang dan sebagai anak-anak sayangilah ibu kita selagi beliau masih ada..

    ReplyDelete
  3. happy birthday mak cik..moga terus diberi kesihatan yg baik dan diberikan reseki yg indah2

    ReplyDelete
  4. Selamat ulangtahaun buat makcik. Semoga sihat dan dipanjangkan umur. Bella ni pun tengah tunggu turn habiskan leavenak balik kg.

    ReplyDelete
  5. happy birthday, semoga sentiasa di bawah rahmat kasih sayang dan perlindungan Allah di dunia akhirat. amin

    ReplyDelete
  6. saya tak dapat bayangkan kalau Allah tarik nyawa kedua-dua parents saya. tak akan pernah bersedia. harap Allah sentiasa panjangkan umur mereka dan berikan kesihatan yg baik. Bila baca entri nie, terus rasa rindu dengan ibu sy. selamat hari lahir buat mak Kak Yusliza. Semoga terus dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik =)

    ReplyDelete