Disember | End 2021

Friday, December 3, 2021


Dah masuk bulan disember guys. Lagi beberapa hari bakal menjelma tahun baru. Mesti ada pelbagai corat coret tahun 2021 ini yang dah dilaluikan. Semua yang dirancang tahun ini semua dicapai ke? menjadi ke? Maybe ada yang happy, dan tak kurang juga ada yang bersedih.  Bagi saya, tidak kira happy atau pun sedih itulah yang telah ditetapkan untuk kita. Dan, seharusnya kita perlu sentiasa redha dan bersyukur dalam apa jua situasi yang kita telah lalui.


Apa yang boleh saya katakan adalah tahun 2021 ini adalah merupakan tahun yang paling mencabar. Mana taknya tahun ini sahaja kita menghadapi 2 kali PKP. Tetapi PKP kali ke dua inilah antara PKP yang paling lama setelah kita mengalami lonjakan kes covid-19 paling tinggi. Iaitu bermula pada Mei 2021 dan penamatnya bagi saya adalah apabila Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri mengumumkan kebenaran merentas negeri pada Oktober yang lalu.


Setelah terkurung hampir 5 bulan lamanya barulah kita rasa betul-betul bebas. Apapun macam biasalah SOP jaga dan jangan sampai terleka. Tetapi itupun setelah dipastikan 90% rakyat Malaysia sudah lengkap 2 dose vaksin. Malah, saya bersetuju dengan tindakan tersebut. Yelah kita dah berkurung dalam tempoh yang sangat lama jadi tak naklah kerana kelekaan kita seperti tahun 2020 sebelum ini berulang lagi. 


Dengan kita tak boleh kemana-mana kecuali keluar membeli barang keperluan, ramai hilang sumber pendapat malah ada yang terpaksa diberhentikan, dan yang paling rasa terseksa ialah tidak dapat balik kampung berjumpa family. Jadi, siapa yang susah? kita juga...Betul tak?


Dan, kalau ditanya saya pula, tahun 2021 ini adalah tahun saya lebih muhasabah diri. Bagi mereka yang ada membaca blog saya sebelum ini, mungkin ada yang tahu saya dan suami telah diuji dengan dijangkiti covid-19. Antara perkara yang paling saya takuti tetapi ketentuan Allah siapa saya untuk menolaknya.


Malah, perkara yang berlaku membuat saya untuk lebih menghargai setiap detik masa, memperbaiki kekurangan diri dan tidak terus terleka dan terbuai dengan mimpi-mimpi dunia yang tiada apa. Bukan itu sahaja, mendapat berita kehilangan rakan-rakan yang kita kenal pergi dalam usia yang masih muda akibat covid-19 ini, sudah berkeluarga pula punya isteri dan anak-anak yang masih kecil mengajar saya erti keinsafan, harapan serta kasih sayang.


Oleh itu, pada readers yang telah memperolehi apa jua pencapaian dan penambahbaikan dalam kehidupan pada tahun ini saya ucap tahniah dan semoga readers akan terus success untuk tahun hadapan juga. Pada yang tidak mendapat apa yang mereka target tahun ini insyaallah pasti akan ada untuk kita nanti. 


Kadangkala kekurangan itu membuat kita lebih kuat dan menghargai setiap saat kehidupan. Semoga lagi beberapa hari sebelum masuk tahun baru ini akan baik-baik sahaja. Dan, apa jua yang akan atau bakal kita lalui tahun hadapan semoga kita terus tabah, sabar dan kuat kerana setiap yang berlaku pasti ada terbaik telah ditentukan. 


Yang penting, jaga SOP, jangan terlalu berleka dan terus jaga kesihatan. Insyaallah semoga kita terus dilindungi yang Esa.













Comments

  1. betul tu.. plg penting kena jaga SOP.. MOGA kita cepat dapat hidup mcm biasa lps ni

    ReplyDelete
  2. Pejam celik pejam celik, tahu2 dah hujung tahun. Sekejap je masa berlalu. Macam banyak xcapai ap2 tahun nie. Sedihnya. Semoga tahun depan ada sirnar baharu utk sy

    ReplyDelete