Malaysia DiDuga Banjir Sekali Lagi

Tuesday, December 21, 2021

Rasa sedih dan sayu melihat keadaan di Malaysia tiga empat hari ini. Tiada siapa menyangka hujan tanpa henti bemula hari jumaat yang lepas bakal mengundang banjir besar di beberapa negeri tahun ini. Kiranya ini adalah tahun kedua kita diduga banjir paling teruk di sepanjang 2 tahun kita berhadapan pendermik covid-19. Yang menyedihkan hampir separuh negeri di Malaysia yang menerima musibah banjir ini. 


Memang begitu menyayat hati. Begitu banyak rumah yang ranap dan ditelengami air, pelbagai harta benda musnah dibawa arus dan lebih memilukan ada di kalangan mereka yang kehilangan ahli keluarga semasa banjir tersebut. Allahhuakbar berat sungguh dugaan rakyat Malaysia kali ini. Melihat berita-berita di televisyen dan media sosial tentang keadaan mereka begitu meruntun hati ini. 


Melihat begitu ramai yang telah terperangkap di atas bumbung berjam-jam lamanya. Ada orang-orang tua yang uzur, yang sakit dan anak-anak kecil terpaksa menahan kesejukan, kelaparan, dengan sehelai sepinggan menunggu bantuan tiba. Malah, ada di sesetengah kawasan yang terpaksa menunggu lebih daripada sehari memandangkan kekurangan bot serta kesukaran untuk memasuki kawasan-kawasan yang dinaiki air tersebut. Dan, kalau saya tak silap masih ada lagi kawasan yang tidak surut dan masih ada lagi yang terperangkap.


Memang berat sungguh dugaan rakyat Malaysia 2 tahun ini. Walaupun di kawasan saya masih selamat dan hanya sebilangan kawasan sahaja di Melaka yang dinaiki air. Saya turut melahirkan rasa simpati dan bersedih pada sahabat-sahabat saya dan seluruh rakyat Malaysia yang sedang diuji ini. Hati siapa yang tak sedih? hati siapa yang tak sebak?


Perkongsian salah seorang sahabat saya apabila rumah dan kampungnya dinaiki air begitu menyentuh hati ini. Bayangkan air sikit lagi hendak jejak kebumbung. Selama 2 hari rumah mereka hampir ditelenggami air dan baru hari ini air mulai surut. Lihat pada gambar yang dikongsi begitu banyak harta benda yang musnah dan barang-barang peninggalan arwah ayah dan ibunya yang tidak dapat diselamatkan.


 Sememangnya sahabat saya redha menerima ketentuan yang telah berlaku. Baginya, keselamatan keluarga adalah lebih penting. Tetapi, bak kata pepatah " Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya ". Hope mereka-mereka yang diduga musibah banjir ini akan terus kuat dan tabah.









Dan, hari ini juga ada info baru yang telah dikongsi oleh Dr Noor Hisham di mana Jabatan Meteorologi telah memberi amaran bahawa hujan dijangka berterusan di beberapa negeri di utara semenanjung pula seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Semoga rakan-rakan kita yang berada di Utara dapat bersedia dan berpindah ke tempat yang lebih selamat. Dan, sama-sama kita berdoa semoga kita semua dilindunginya. 




Share info dari https://www.instagram.com/p/CXvP8PRlnut/


Ya, Mungkin kita tidak dapat membantu mereka disana tetapi saya begitu berharap yang kita dapat sama-sama berdoa dan menghulurkan bantuan sumbangan pada NGO-NGO yang diiktiraf untuk meringankan beban sahabat-sahabat kita ini. Dan, please stop menunding atau berkata perkara yang tidak patut dengan mengatakan musibah ini adalah kerana bala atas dosa-dosa orang itu dan ini. 


Kalau kamu tidak boleh membantu. please STOP. Jangan jadi manusia yang tidak berperasaan. Dugaan boleh jadi kepada sesiapa sahaja. Orang baik ke orang jahat semua ada dugaan masing-masing. Dan, apa yang jadi sekarang ini adalah peringatan untuk kita juga. Supaya ambil tahu tentang nasib saudara-saudara kita. Mungkin hari ini hari mereka mungkin esok hari kita pula. Siapa tahu?


So, di bawah ni ada beberapa link untuk bantuan mangsa-mangsa banjir. Moga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mereka dan menjadi asbab kebaikan kita di dunia juga akhirat.


Yayasan Maghfirah

https://yayasanmaghfirah.org/?fbclid=IwAR3Iv0lNYqiZhwOpgZZ4C8KHgFi-x_8J3I6sjk4rTWOKnPrK5NFtIWM83MU


Tabung Peduli Bencana

https://myinfaq.peduliinsan.com/order/form/48?fbclid=IwAR15_ozCz0CoyE_xpy2kQrviYRQadKKGroEu63xwpAzUQe9ggOJrFHpQthg


PPIM

https://www.ppim.org.my/?fbclid=IwAR1-DnAPU79EEH_pQq1PV7MuAWTOWVg4TxzCUvd0lzpK4IXkb9mDnPzwXtU


Perkim Keramat

https://perkimdatukkeramat.com/order/form/246



Semoga Malaysia akan terus dilindungi Allah SWT. Amin...

Comments

  1. Moga dipermudahkan urusan kita semua. Dan semoga kita semua terus #KitaJagaKita tanpa mengira bangsa, usia dan agama, selayaknya kita sebagai bangsa Malaysia.

    ReplyDelete
  2. I hope that the help can reach to flood area soonest. Pray for the good weather until next year. Really sadden to see this year flood situation.

    ReplyDelete
  3. we try to help with contribution of money and food etc. hope they recover soonest

    ReplyDelete
  4. Feel so sorry for the victims let's all help as much as we can to ease their burden.

    ReplyDelete
  5. Kita bantu mana yang kita mampu demi meringgankn beban mereka...

    ReplyDelete
  6. Sedih tak terkata! Hanya mampu kirimkan doa dan sumbangan sekadar mampu.
    Semoga mereka ini dipermudahkan segala urusan dan ujian ini digantikan yang lebih baik berganda- ganda hendaknya. Aamiinnn

    ReplyDelete