Varian Omicron???

Thursday, December 9, 2021

Apa pulak ni ? mmm...dah ada varian baru lagi readers, Varian Omicron. Semakin bermutasi virus covid ni kan. Tetapi rasanya semua dah tahu pasal varian baru ni kan. Sebabnya dah beberapa hari berita ini tular di televisyen mahupun media sosial. Mungkin ada di antara kita je yang dah malas nak ambil tahu pasal virus covid ni. Saya faham ramai yang tertekan dan dah redha since pandermik ni berlaku.




Tetapi bila saya baca dan dengar berita ini saya rasa paling basic kita perlu tahu apa sebenarnya varian baru ni. Malah kehadiran varian baru ini juga begitu ditekankan oleh Menteri Kesihatan kita Datuk Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Dato' Seri Dr Noor Hisyam sehingga telah mengistiharkan code red untuk varian Omicron ini. 


Dan, apa yang membimbangkan adalah berkemungkinan varian omicron ini 2 kali ganda lebih bahaya dari varian-varian sebelum ini. Malah bukan itu sahaja, khabarnya sudah terdapat kes pertama varion Omicron ini di Malaysia. Allahhuakbar...mana hati ni makin tak risau. Rasa takut dari pengalaman dijangkiti covid-19 sebelum ini pun masih belum hilang lagi.


Jadi, saya rasa adalah penting mana-mana maklumat yang saya tahu dan dapat ni saya share dengan readers. Bukan nak membuatkan kita panik tetapi sebagai langkah awal untuk kita lebih bersedia dan berjaga-jaga. Maklumat yang saya perolehi ini pun daripada portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia.


Setakat yang telah dikongsi oleh pihak KKM adalah varian Omicron ini telah mula dikesan di beberapa buah negara. Dan, negara yang telah mencatatkan jangkitan pertama tertinggi setakat 1/12/2021 adalah Afrika Selatan iaitu sebanyak 128. Manakala selebihnya adalah beberapa negara Eropah dan Asia (seperti Hongkong, China dan Jepun) yang rata-rata masih mencatat bawah 10 kes.


Tetapi, semalam saya ada terbaca yang varian Omicron ini sudah mula menular diseluruh Eropah. Malah, Agensi Kesihatan Awam Kesatuan Eropah (EU) mengatakan yang varian Omicron ini bakal menjadi virus yang dominan. Di mana berkemungkinan yang ianya akan menular lebih separuh jangkitan covid-19 di Eropah dalam beberapa bulan akan datang.


Maksudnya varian Omicron ini lebih bahaya dan boleh menyebabkan jangkitan yang lebih tinggi dari varian-varian sebelum ini. Kementerian Kesihatan kita juga mengesahkan yang varian Omicron ini lebih mudah dan lebih pantas merebak. Cuma, masih belum ada kepastian sama ada varian omicron ini boleh menyebabkan gejala atau komplikasi penyakit yang lebih teruk.


Dan, antara maklumat lain yang boleh saya highlightkan berdasarkan maklumat yang KKM perolehi setakat ini adalah :


  • Varian ini disyaki lebih mudah menyerang bagi seseorang individu yang mempunyai antibodi yang lemah.

  • 10 mutasi varian ini di protein yang melekat pada ACE2 receptor menyebabkan virus ini boleh masuk ke dalam sel badan.

  • Terdapat bukti yang menunjukkan varian kali ini boleh menyebabkan jangkitan semula adalah lebih tinggi berbanding varian yang lain.

  • Varian ini juga berkemungkinan lebih mudah merebak kerana kadar penularannya adalah sangat pantas.



Selain itu, ada sahabat saya yang berkongsikan maklumat yang varian kali lebih mudah menyerang bahagian paru-paru yang menyebabkan berlakunya radang paru-paru. Nampaknya varian Omicron ni lebih menganas. Saya berharap sangat yang varian Omicron ini berjaya disekat dari menular di dalam negara kita. 


Kes pertama yang dikesan di Malaysia ini pun bukan dari kalangan warganegara tetapi dari seorang pelajar perempuan Afrika Selatan yang belajar di salah sebuah universiti swasta di Perak. Pelajar ini juga telah disahkan positif setelah pulang dari Afrika Selatan kerana melawat keluarganya. 


Setakat ini pelajar tersebut telah dikuarantin dan telah patuh kepada semua syarat-syarat sepanjang tempoh dikuarantin. Pihak KKM juga telah bertindak mengesan semua kontak rapat yang terbabit, pihak universiti, rakan serumah pelajar serta kontak rapat di sepanjang perjalanan pelajar tersebut yang menaiki penerbangan ke Malaysia dan bas yang disediakan oleh pihak universiti.


Bukan tu sahaja pihak kerajaan juga telah menutup laluan sempadan dan menangguhkan sementara kemasukan pelajar antarabangsa dan pekerja asing dari negara yang terlibat terutama yang dari negara yang menunjukkan penularan varian ini. Saya berharap sangat yang negara kita dapat mengekang penularan varian Omicron ini. 


Kalau saya baca komen-komen dari netizen rata-rata mereka sudah mengeluh dan tak boleh membayangkan berlakunya PKP sekali lagi. Ini kerana, banyak impak besar yang boleh terjadi. Lihat sahaja hampir 2 tahun yang telah kita lalui. Varian yang lama pun masih belum dapat di atasi inikan pula varian baru malah lebih ganas. Hope kita sama-sama berdoa agar negara kita dilindungi dan varian Omicron ini berjaya dikawal dari menular.


Insyaallah... 



* Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia - https://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/2021/12/kenyataan-media-kkm-perkembangan-semasa-omicron-b11529-dan-langkah-kawalan-dan-pencegahan

Comments

  1. Kita tetap kena jaga SOP setiap kali berada di luar. Sebab ada yang abaikan. Nak masuk juga dalam lif walau dah nampak ada 4 orang. Memang kena soundlah dengan Eiza. Grrr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kadang2 tu bila dah terlampau seronok mudah leka dan semua SOP kelaut..tak fikir orang sekeliling..

      Delete
  2. Good information sharing about the omicron variant. Looks like the Covid-19 is still envious of us. So please take care.

    ReplyDelete
  3. Omicron pulak kann... Kita sendiri memang kena perketatkan SOP dan jaga kesihatan sebaiknya. Moga ada ubat untuk wabak ini.

    ReplyDelete
  4. pkp mungkin tak akan ada lagi, rakyat rata2 dah stress dengan pkp, dari sekarang kita jaga diri sendiri je la..huhu

    ReplyDelete
  5. Semoga ini variant tidak mengakibatkan lockdown lagi. PKP di tahun 2021 memang sudah cukup cukup. Stay safe.

    ReplyDelete
  6. Pengalaman masa kena Covid19 haritu memang masih menghantui. Bersyukur tiada apa2 komplikasi teruk. Sekarang ni varian makin bahaya tp kehidupan kena teruskan juga. Twakkal dan harap sentiasa di bawah lindunganNya.

    ReplyDelete
  7. Mcm2 jenis varian skrg kan.. Pulak yg skrg lagi mudah terdedah... Harap smua dlm keadaan baik la... Sentiasa jaga sop walau pun dh boleh ke sana ke mari..

    ReplyDelete
  8. Risau kan varian satu tak selesai lagi, ada varian baru mula menyerang.. harap2 takde la kes serious macam varian2 sebelum ni.. still kena berhati2 walaupun case dah makin menurun skrg.. xboleh leka atau silap langkah ni..

    ReplyDelete