Let's Start Again...

Thursday, September 9, 2021

Gambar Hiasan

Kata orang nak memulakan sesuatu itu bukan mudah. Rasanya saya pun setuju dengan statement tu. Yelah setelah kita bersusah payah membina sesuatu tetapi secara tiba-tiba musnah begitu sahaja.

Tetapi pembaca janganlah risau apa yang saya suarakan di atas tidak berkaitan dengan perkara peribadi tetapi sekadar luahan dari hasil kerja yang tidak menjadi dan tidak tahu dimana punca dan silapnya.

Baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog tiba-tiba domain blog saya di katakan spam di facebook dan apa yang saya post secara automatik di block. Yelah facebook kan medan untuk kita meramaikan pengunjung untuk baca blog kita. 

Kalau mengharap di blogspot semata-mata bagi blog yang baru nak up macam saya memang susahlah orang nak kenal. Walaupun baru tetapi hampir setengah tahun juga usia blog saya tu. Bila saya tukar domain, monetization saya pula hadapi masalah sehingga terkeluar dari syarat-syarat google. Dah macam-macam cara saya buat masih tak memenuhi syarat ditetapkan. 

Bila jadi macam tu siapa yang tak sedihkan?  Saya start menulis untuk mengisi masa lapang disamping berkongsi ilmu dari mana-mana sumber pembacaan yang saya dapat untuk manfaat bersama. 

Puas mencari di mana silapnya tetapi masih tak jumpa juga. Di situ sahaja sudah banyak masa terbuang. Kalau fikir sangat boleh jadi stress nanti. So, saya decide untuk stop dari menulis blog buat sementara waktu. Nak kata semangat menulis tu hilang terus tak adalah cuma mood tu memang tak ada buat masa tu. 

Jadi, masa yang terluang saya banyakkan membaca. Yelah dengan suasana masa tu yang masih di dalam fasa PKP yang tidak membenarkan kita keluar kecuali membeli barang keperluan jadi takkan saya nak membazirkan masa begitu sahaja. Membaca pun suatu hobi yang bagus bukan?

Rasanya hampir 2 bulan juga saya menyepi dari dunia personal blog. Jadi, saya rasa sudah masanya untuk saya restart semula. Blog lama sudah saya padam. Hopefully blog kali ini tak adalah masalah lagi. 

Lagipun saya berpegang kepada kata-kata ini sekali jatuh jangan mudah mengalah cuba dan cuba lagi. Insyaallah...Nobody perfect.

'"Sometimes you gotta fail in order to succeed '" -Sampson Davis

Comments

  1. Alhamdulillah. InsyaAllah sis boleh sis. Saya start blogging masa 2016. Tapi betul-betul aktif masa 2019. Dulu happy sangat berblogging sebab saya memang minat menulis. Sampai tiba-tiba benda yang saya tak sangka terjadi. Saya rehatkan diri. 8 bulan saya rehat dari dunia blogging. Bukan taknak menulis, tapi bila buka je blog nak menulis dia rasa macam dah tak ada semangat. Dari viewers boleh cecah 2k-3k sehari terus mendadak 0. Sekarang Alhamdulillah tengan heal diri. Semangat tu dah ada semula. Nak restart balik, yes memang tak senang. Tak ada apa yang senang dalam dunia ni. Even nak makan pun susah. Tapi yang penting diri kita ni ada improvement dari dulu. Lebih baik dari dulu. Betul tak?

    ReplyDelete
  2. tq bagi support..betul tu..tiada yang mudh di dunia ni..apa jua kejayaan pasti bermula dengan kepayahan untuk kita lebh sabar, bersyukur dan tak mudah patah semangat. Life is learning...💛 😊

    ReplyDelete