Today I'm 40!

Thursday, September 16, 2021


Alhamdulillah syukur...


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekian alam. Terima kasih Ya Allah atas kesihatan serta kurniaan mu selama 40 tahun ini. I'm already 40 guys.hihihi


Siapa di sini yang malu or taknak orang tahu umur dia? For me, i just respect if they don't want reveal or people know. Itu hak masing-masing and maybe mereka ada sebab mereka tersendiri. Tetapi, jenis saya pula kalau ada orang tanya saya just bagitau je. Saya tak suka sorok and i always proud sebabnya bukan semua orang dapat sampai umur macam tu dan itu juga salah satu tanda saya bersyukur. 


Bagi saya umur is just number. Apa yang kita dah lalui sepanjang umur kita tu adalah sesuatu yang perlu kita bangga. Apabila kita menginjak usia banyak pengalaman atau cerita hidup yang kita telah lalui sama ada pahit atau pun manis. Sama ada kita sedar ataupun tidak umur adalah masa yang akan terus berjalan mengikut takdir yang telah ditetapkan.


Jadi, pada tahun ini even tiada sambutan for my birthday sama seperti tahun-tahun sudah  tetapi saya happy sebab Allah SWT masih beri kesempatan untuk saya bersama orang-orang yang saya sayang. Sejujurnya, my husband not romantik person. So, since awal perkenalkan pun tak pernah sambut menyambut ni. 


Kita orang sempoi je. Kalau ada pun kita just beli small kek atau pilihlah 2 or 3 slice cake yang saya suka then kita makan luar sahaja. Tetapi, since kena covid hari tu saya masih tak berani nak makan kat luar. So, tahun ni kita beli and tapau makan di rumah sahaja. Lagipun memang saya tak aspek pun any suprise from him. But, be the first person wish for my birthday pun saya dah happy dan bersyukur.


Yelah, Allah SWT ciptakan pasangan kita berbeza-beza. Jadi, kita perlu belajar terima seadanya. Kekurangan dia di sini mungkin di bahagian lain dia istimewa. Kalau nak kata tak terasa tu tipulah. Biasalah kita pun ada keinginan dan dream macam orang lain juga. Tetapi bila kita dah lalui hidup bersamanya buat kita fikir balik nak merajuk or bergaduh pasal small matter ni ke atau part lain yang lebih besar.


Jadi, saya rasa tak berbaloi pun nak masam-masam muka ni. Lagipun banyak yang telah saya lalui buat saya belajar untuk hargai apa yang masih ada di depan mata. Sehari nafas yang Allah SWT beri kepada kita itu adalah hadiah yang paling berharga dan teramat bernilai yang tiada sesiapa pun boleh memberinya. For me that my big present.


Dan doa saya tahun ini hanya 2 sahaja agar Allah SWT terus beri saya kesihatan yang baik untuk saya bersama dengan orang yang sayang dan dapat terus memanfaatkan kehidupan saya ke jalannya.

Aminnn...



Comments