Tips Pemakanan Bantu Kuatkan Antibodi Sepanjang Kuarantin

Wednesday, September 15, 2021

Emm... tajuk pun dah panjang tapi perkongsian saya taklah sepanjang mana. Cuma seperti tajuk di atas hari ini saya ingin berkongsi cara saya menjaga permakanan sepanjang saya dan suami di kuarantin. Daripada perkara yang jarang saya buat. Akhirnya terus menjadi amalan saya setelah habis kuarantin juga. 


Memang betul, jikalau kita hendak melawan Covid-19 ini antibodi kita perlu kuat. Jika tubuh badan kita tidak kuat itulah yang akan menjadi punca kita tidak kuat melawan virus ini atau mudah dijangkiti oleh beberapa simptom. Antaranya seperti batuk, sesak nafas, muntah, cirit birit dan lain-lain lagi. 


Ini adalah antara tips yang saya amalkan yang saya perolehi sendiri dari teman rapat bekas pesakit covid-19 dan juga family terdekat. 



Minum Lemon Panas Dicampur Beberapa Biji Cengkih


Potong dua hiris lemon dan ambil beberapa biji cengkih. Kemudian masukkan air panas dan biar sebentar. Tidak perlu dicampur gula. Seelok-eloknya diamalkan minum 2 ke 3 kali sehari sehinggalah habis kuarantin. Malah, jika selepas kuarantin jika anda masih ingin terus mengamalkannya setiap pagi sebagai minuman kesihatan adalah sangat-sangat dialukan.

Dan, kalau kita baca tentang khasiat lemon sememangnya buah ini sangat kaya dengan vitamin C yang bagus untuk menguatkan imun badan serta membantu tubuh badan kita dari pelbagai serangan penyakit. Begitu juga dengan biji cengkih yang tidak kurang hebatnya dengan kandungan antioksidan yang tinggi serta bagus untuk saluran pernafasan.

Air Suam Dicampur Garam Kasar


Segelas air suam dicampur dengan sedikit garam kasar. Kemudian dibacakan Surah Al-Fatihah 1 X, Surah Al-Fill 1 X dan selawat sebanyak 3 X. Kemudian hembuskan ke dalam air sambil berniat semoga dijauhkan dari wabak covid-19 atau segera diberi kesembuhan. Di minum setiap pagi dan boleh juga dibuat berulang kali.


Garam bukan sahaja menjadi makanan amalan Rasulullah SAW dan bagus dalam perubatan Islam. Malah ianya dapat meningkatkan imun dan menyeimbangkan kembali sistem tubuh badan kita, merawat cirit-birit dan memberi tenaga.

Vitamin C


Mengambil vitamin C, makan buah-buahan yang kaya sumber vitamin C seperti buah oren dan pink guava. Jika susah hendak jumpa buah pink guava air juice pink guava juga sudah memadai. Ini pengalaman saya semasa terkena denggi. Ya, memang denggi dan virus covid-19 tidak sama tetapi jika kedua-duanya tidak dirawat ianya juga boleh membawa maut dan kedua-keduanya boleh dikategorikan sebagai virus.


Walaupun bukan merawat sepenuhnya tetapi kandungan vitamin C yang tinggi di dalam buah-buahan ini dapat menggalakkan imun badan kita bagi melawan penyakit covid-19 ini. Hanya dengan imun badan yang kuat sahaja kita dapat melawan virus ini.

Keperluan Ubat-ubatan


Ubat-ubatan ini adalah seperti panadol, ubat batuk, ubat selsema dan lain-lain ubat yang berkenaan. Persediaan ubat-ubatan ini memang sangat penting terutama bagi mereka yang kuarantin di rumah. Jika rasa nak demam segera makan panadol, jika rasa nak batuk segera makan ubat batuk begitu juga dengan yang lain-lainnya. 

Sebabnya apa?

Sebabnya jika kita dibiarkan, virus ini akan lagi cepat mengganggu sistem imun badan dan sistem pernafasan kita. Jadi ini yang sangat saya takutkan. Apabila ketahanan badan kita sudah lemah dan sistem paru-paru kita sudah terganggu kemungkinan untuk berada pada tahap yang lebih teruk boleh berlaku. Oleh itu, cuba jaga dan rawat sebelum ianya menjadi lebih teruk.

Jaga Permakanan


Bagi pesakit covid-19 hilang deria rasa dan bau pasti akan dialami. Jadi, apabila hilang deria rasa pasti kita akan hilang selera makan. Tetapi, saya nasihatkan walau macam mana kita hilang deria rasa kita perlu makan. Jika kita tidak makan macam mana tubuh kita hendak membekalkan tenaga dan macam mana kita nak lawan virus ini.

Memang bila hilang deria rasa semua yang kita makan rasa tak sedap tetapi fikir kita nak sedap ke kita nak sihat. That your choice. Tetapi mesti nak sihat kan. Jadi, always positif, stay strong insyaallah kita boleh sembuh.


Oleh itu, bagi mereka yang terkena virus covid-19, ini adalah ikhtiar. Insyaallah, tiada yang tidak boleh sembuh melainkan semangat, menjaga permakanan, dan ubat-ubat yang lengkap dan selebihnya adalah doa yang tidak henti kepada Allah SWT untuk diberi kesembuhan.



Comments