Sudah Boleh Melancong? Mana Pilihan Anda Bercuti Atau Stay At Home?

Monday, September 27, 2021



Kita sedia maklum yang sekarang destinasi pelancongan utama iaitu Langkawi telah dibuka kepada pengunjung. Malah, dalam minggu ini sahaja 3 lagi destinasi pelancongan telah diumumkan bakal dibuka pada awal bulan hadapan iaitu Melaka, Pulau Tioman dan Genting Highland. 


Saya pasti ini berita yang mengujakan dan sangat di nantikan oleh kebanyakkan kita. Tetapi dalam masa yang sama, kita sedia maklum yang jangkitan covid-19 masih melebihi 10 ribu dan walaupun kita sudah divaksin sepenuhnya kebarangkalian untuk dijangkiti masih ada. 


Jadi, untuk topik blog kali ini saya hanya ingin bertanya santai tentang pendapat readers " Adakah readers bersetuju destinasi pelancongan tersebut dibuka kepada pengunjung? dan Apakah readers memilih untuk melancong atau duduk di rumah sahaja sehingga keadaan covid-19 betul-betul di tahap yang tidak lagi membimbangkan? "


Saya tahu kita semua mempunyai pendapat masing-masing begitu juga saya. Dan, apa juga pandangan anda saya juga hormati. Hope anda boleh letakkan di ruangan komen jika kesempatan. 


Oleh itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan pendapat saya mengenai isu ini. Bagi saya, keputusan untuk membuka semula beberapa destinasi pelancongan ini ada positif dan negatifnya juga.


Positifnya, peluang yang diberikan dapat dinikmati kebanyakkan kita untuk keluar dari kehidupan yang setelah berbulan-bulan kita terkurung disebabkan PKP atau pandemik yang meningkat naik secara drastik. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah-masalah seperti kemurungan dan tekanan-tekanan yang banyak berlaku di kalangan kita semua di sepanjang tempoh PKP.


Dalam masa yang sama dapat memulihkan pusat-pusat pelancongan yang terkesan, membuka peluang pekerjaan  dan memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk menjana pendapatan mereka kembali.


Hidup di dalam norma baru yang berubah secara drastik bukan semua orang dapat melaluinya dengan baik. Ianya seolah-olah kebebasan diri diragut secara tiba-tiba. Tetapi, kita nak buat macam manakan itu sahaja pilihan yang ada buat masa itu bagi mengekang covid-19. So, kita semua pun terpaksa akur.


Jadi, apabila kerajaan sudah mengumumkan kebenaran untuk melancong ini sedikit sebanyak menjadi berita baik buat kita semua. Tetapi harus diingat di dalam keseronokan itu jangan kita lupa pandemik ini masih belum berakhir.


Negatifnya pula, saya cuma bimbang dan rasa kita semua sedar. Pertama, jika kita terlalu leka berseronok sehingga mengabaikan SOP kemungkinan besar boleh wujud kluster baru. Walaupun kita sudah fully vaksin itu tidak bermakna kita tidak boleh dijangkiti dan boleh buat sesuka hati.


Dan, kedua bagi saya adalah pada mereka yang mempunyai anak-anak kecil. Bagi kita yang dewasa jika kita dijangkiti pun atlist kita sudah divaksin dan insyaallah risikonya lebih rendah. Tetapi, bagaimana pula dengan anak-anak kecil kita. Sudahlah tiada vaksin, antibodi mereka pula lebih fragile dari kita .


Oleh itu, saya harap mak ayah yang mengambil keputusan untuk membawa anak-anak melancong bersama lebih berhati-hati. Ya, saya tahu mak ayah mana akan mengabaikan anak-anak mereka kan. Tetapi kita perlu tahu dan beringatlah apabila kita sudah membawa mereka keluar that risiko yang kita perlu ambil. 


Sejujurnya saya juga rindu hendak bercuti seperti ini. Rindu hendak melihat bumi dan alam Allah SWT. Tetapi pengalaman setelah dijangkiti covid yang lepas masih menghantui dan masih rasa takut. Mungkin one day cuma bukan sekarang insyaallah. Jadi, apa yang suarakan ini hanya pendapat saya semata-mata dan keputusan anda saya hormati. Apapun, bagi yang otw nak bercuti selamat bercuti, jaga SOP and stay safe guys.







Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Sis rindu nak bercuti tapi dalam masa yang sama sis nak tempat tak ramai orang. Macamana tu?. Nak kena recharge bercuti gak ni.

    ReplyDelete
  3. Saya pilih untuk stay di rumah dulu. Bila tgk keadaan dah reda, stat pun dah cun baru plan bercuti. Tu pun rasanya duk hotel je dulu. Anak2 pun kecik lagi, sian ke dorang bila terdedah demgan ramai org.

    ReplyDelete
  4. Bagus dia buka sikit-sikit. Orang mesti patuhi SOP, sebab tau kan covid ni. Mana yang tak ikut entahla. Tapi buat masa sekrg kalau nak bercuti nad prefer pergi hotel dulu

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dengan pendapat awak. Memang ada pro dan kontranya bila sektor pelancongan dah mula dibuka. Saya memilih untuk staycation dan vacation jika berpeluang. Tapi pada golongan berisiko tinggi seperti ibu mengandung , kanak2 dan juga mereka yang tak divaksin dan tak mengambil vaksin boleh elakkan tempat pelancongan buat sementara . Apapun nak tak nak kita dah kena mula terima dan belajar untuk hidup bersama virus ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..mau atau tak memang kita dh stat untuk belajar hidup dlm new norma...apepun plan dulu...tengok keadaan, tmpt. when u get ready barulah kita bwa family. memang perlu sentiasa berhati2..

      Delete
  6. Marsha pula pilih untuk keluar cuma cari kawasan yang tak crowded. So buat masa ni pilihan ialah camping...boleh bersatu dengan nature rasa seronok..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejujurnya memang rindu nak kluar..especially tmpt2 yang dekatkn kita dgn nature...saya sampai rindu sangat dengan dunia luar hari-hari tukar new wallpper desktop gmbr nature sebb rindu sangt dgn dunia luar..

      Delete
  7. Hehehe kalau saya pon akan pilih duduk rumah dulu sebab masa sekarnag ni orang lain dah berpusu pusu nak bercuti. Tunggu reda sikit .. kita pack barang hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagilah diorg pergi dulu..nanti dah reda turn kita pula..hihihi

      Delete
  8. Melaka mesti penuh, Genting kasino la kot penuh..haha..pulau tioman tu wishlist tahun ni tapi kita g lepas sebulan dia buka la kot..ke dah tengkujuh lak time tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. melaka pun jgn ckp la..once kata dh boleh kluar area pantai puteri pantai klebang tulah salah satu tumpuan org ramai...mmg crowded...saya yng duduk mlk pun msih tak berani merentas daerah sbb msh trauma covid hari tu.

      Delete
  9. Stay at home dulu. Hahaha. Seram lah nak kemana-mana. Akak sekarang memang memilih mana lokasi beli barang dapur, lokasi dine in dan semua tu gaya org paranoid. Haha. Tapi bagus ape paranoid. Akak ada anak kecil. Bahaya kan. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe paranoid...kita syg family kita mestila kita akan lbh berhati2..yess yg ada anak2 kecik mmg perlu lbh berhati2.

      Delete
  10. nak bercuti.. tapi lbh kepada privasi.. x nak lagi bersesak2...tapi keluar dr kepompomg rumah..cuti bersama famili..mmg jadi impian

    ReplyDelete
  11. Saya pilih utk stay at home dulu.. Dan keluar kawasan dkt2 yg xcrowded...then bru la staycation ke... Sbb tahu permulaan bukaan ni rmi berpusu² nk keluar.. Sbb fobia sbb fmily terdekat rmi dh yg positif dan ada yg dh meninggal.. Boleh je plh tmpt yg private kan.. Aslkn patuh sop..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilih tmpat tak crowded is the best..atlist kita xperlu bersesak dgn ramai org..lgipun ada je tmpat private yang kita boleh bwa utk our family shaja..

      Delete
  12. Ada pro and con juga, tapi sampai bila kita nak duduk kat rumah jer kan.. i think everyone kena play important role untuk pastikan no spread in the community after this.. kena jujur pada diri sendiri dan orang sekeliling.. paling penting, ikut SOPs dan jaga kebersihan diri... always sanitize!

    ReplyDelete
    Replies
    1. that rite..virus ni kita pun tak nampak.. sometimes boleh kena n kita pun xtau dr mane punca.. apepun beljar new norma dgn jaga SOP. Dan jgn selfih pikir juga org disekeliling kita.

      Delete
  13. Belum ada pilihan, so far kalau nak pergi pun, nak habiskan cuti dalam negeri sendiri je di Johor ni.. belum ada keberanian nk berdepan dengan ramai orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Negeri masing2 pun ada tmpat menarik kan..ada rezeki pasti dapt pergi tempat yang kita idamkan tu.

      Delete
  14. Kak pun dah plan nak pg byk tpt tp tgk tempat yg bersesuaian, kena round selangor dulu

    ReplyDelete
  15. sekarang memang perlu plan dulu sebelum nk pergi holiday...insyaallah

    ReplyDelete
  16. Buat masa sekarang sy masih pilih utk stay at home. Kehilangan ahli keluarga akibat covid lagi menyedarkan sy utk terus berhati2

    ReplyDelete
  17. Bagi saya, pembukaan sektor pelancongan ni sebenarnya satu penanda aras yang mengatakan kita mula boleh menerima kehadiran virus covid-19 dalam hidup kita. Tapi setiap perkara itu pasti ada negatifnya. Memang tak boleh dinafikan

    ReplyDelete
  18. xtau nk ke mna lg..msh xde plan..

    ReplyDelete