Bekas Pesakit Covid-19 Boleh Memohon MySalam

Wednesday, September 22, 2021


Assalamualaikum...


Diharap hari ini akan terus merahmati kita juga untuk hari-hari yang mendatang. Okay, hari ini saya nak membuat satu perkongsian mengenai manfaat yang boleh diperolehi oleh saya dan bekas-bekas pesakit covid -19 melalui skim "MySalam".




Tetapi sebelum itu biarlah saya beri gambaran ringkas "Apa itu mySalam?". MySalam merupakan skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang diberi oleh kerajaan yang memberi perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim "Perlindungan Masyarakat" mySalam melalui tabung amanah mySalam. 


Ini bermakna mySalam adalah salah satu skim perlindungan sosial yang membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan bagi mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal. Jadi, bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut apakah jenis-jenis penyakit kritikal yang disenaraikan di bawah skim ini boleh mendapatkan info lanjut bolehlah klik link di bawah ini:


https://www.mysalam.com.my/b40/info/


Okay, berbalik kepada tajuk utama kita di atas kepada mereka bekas pesakit covid-19 mereka boleh menuntut bantuan MySalam tidak kira sama ada mereka kuarantin di rumah, hospital mahupun pusat-pusat kuarantin. Dokumen yang diperlukan hanyalah gambar ic depan dan juga belakang beserta surat sah dari KKM sebagai bukti yang akan digunakan untuk diupload di portal MySalam nanti. Boleh klik link di bawah ini dan anda boleh membuat permohonan di bahagian tuntutan. 


https://www.mysalam.com.my/b40/public/





Jika terlupa atau tidak tahu password jangan bimbang hanya klik dibahagian terlupa kata laluan dan MySalam akan menghantar mesej kata laluan sementara ke nombor telefon terkini yang telah dikemaskini sebelum anda reset semula kepada kata laluan baru. Jika telah berjaya masuk ke laman MySalam sila pastikan semua maklumat yang terdapat di dalam laman tersebut adalah yang telah dikemaskini terutama sekali nombor telefon yang terkini didaftarkan. Ini penting untuk memudahkan urusan pemohon dengan MySalam. Tetapi jika masih menghadapi sebarang masalah anda bolehlah menghubungi talian bantuan seperti di bawah :


Telefon :1-300-88-8938

Email : info@mysalam.com.my


MySalam hanya cover setakat 14 hari tempoh kuarantin. Jadi, jika anda kuarantin lebih dari 14 hari maka bayaran akan dikira setakat 14 hari sahaja. Satu hari kuarantin akan dibayar sebanyak RM 50. Oleh itu, jika anda kuarantin lebih 14 hari anda layak menerima bayaran penuh RM 700 ringgit. Di bawah saya sertakan contoh pengiraan MySalam :-


14 hari kuarantin ( MySalam hanya akan kira 13 hari sahaja ) = 13hari x RM 50 = RM 650 sahaja.


Jika kurang 14 hari

11 hari kuarantin (MySalam hanya akan kira 10 hari sahaja ) = 10hari x RM 50 = RM 500 sahaja.


Tetapi, jika lebih 14 hari 

15 hari kuarantin atau lebih ( MySalam bayar penuh setakat 14 hari sahaja ) = 14hari x RM 50 = RM 700


Dan, sebelum itu kepada pemohon selepas Julai 2021  sila baca info di bawah:




Kalau dilihat dari info di atas, pemohon 2021 seperti saya proses permohonan akan bermula September 2021 dan kiriman SMS akan dimaklumkan mengikut kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Maka, bagi mereka yang layak bersabarlah kerana kita tahu pada tahun ini sahaja kes covid-19 sangat tinggi sehingga menjangkau puluhan ribu setiap hari. 

Jadi, sudah tentu proses yang dilakukan mungkin akan mengambil masa. Tetapi, Insyaallah jika anda layak anda sudah tentu akan menerima bantuan tersebut.




Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Actually MySalam lebih kepada penyakit kritikal. since covid ni muncul diorg consider ini wabak dan merbahaya that why dia open pula untuk covid. just masuk laman web myslam di situ semua ada info jenis2 penyakit yang diorg cover. Lebih kurang 40 jenis penyakit kalau sya tak silap diorg cover...check la kelayakan macam mana..

    ReplyDelete