Penulis : Syaari Ab Rahman | Cetakan Pertama Julai 2019 ( 8 cetakan)
Sinopsis :
Tidak semua wanita yang baik-baik itu datang dari wanita yang sempurna. Dan jika kesempurnaan itu tidak dikuatkan dengan iman dan istiqamah ianya juga boleh hanyut bersama mimpi-mimpi dunia. Melalui buku ini, penulis telah mengupas siapakah wanita-wanita yang telah diangkat kedudukannya di sisi Allah SWT melalui kekurangan dan ketidaksempurnaan tersebut.Sejak zaman jahiliah wanita itu sering di tindas, hak mereka disalahgunakan dan martabatnya yang direndah-rendahkan. Melalui buku ini penulis menceritakan bagaimana Allah SWT telah mengangkat hak-hak wanita, anak-anak perempuan yatim yang dizalimi, dan beberapa kisah tauladan yang lain.Seperti kisah ibu Nabi Musa A.S yang telah mendapat ilham daripada Allah SWT untuk menghanyutkan Nabi Musa AS ke sungai Nil demi mengelakkan kekejaman firaun yang melakukan penyembelihan anak-anak lelaki ketika itu. Tetapi hakikatnya, Nabi Musa AS sememangnya telah ditakdir untuk sampai ke istana firaun dan diterima masuk di dalam keluarga firaun kerana disitulah bermulanya saat kehancuran firaun.Begitu juga dengan kisah Maryam AS seorang wanita yang kuat beribadat tetapi telah diuji mengandungkan Nabi Isa AS tanpa seorang bapa. Namun tetap percaya Allah SWT memilih dirinya kerana ingin menguji dari sudut kesabaran dan kekuatan dalam menerima ujian. Kerana setiap ujian yang menimpa adalah tanda kasih tuhan kepada hambanya.Begitu juga dengan kisah Zulaikha isteri firaun yang dahulunya kalah dengan godaan nafsu sendiri setelah melihat ketampanan Nabi Yusof AS namun akhirnya sanggup mengorbankan segalanya demi mengejar peluang syurga.Hakikatnya kejadian wanita itu mempunyai sebab dan peranannya yang tertentu dan sudah tentu ianyanya bukan sia-sia. Kisah lalu bukan penyebab ianya buruk selama-lamanya dan tidak boleh memperbaiki diri malah mungkin lebih baik.
Review :
Sememangnya penindasan dan kezaliman kepada kaum hawa masih berlaku sehingga kini. Tidak kira lelaki atau perempuan kerana Allah SWT menjadikan semua makhluk di muka bumi bersebab serta mempunyai peranan masing-masing yang saling melengkapi. Sebagai contoh lelaki adalah pemimpin dan wanita itu sumber kekuatan serta pendorong untuk melengkapi.
Dan wanita itu bukan untuk ditindas atau direndah-rendahkan martabatnya. Ketidaksempurnaan itu kadangkala menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya dan sedar untuk memperbaiki diri. Sama ada sempurna atau tidak seseorang itu hanya Allah SWT yang mampu menilainya.
Buku yang sangat bagus, sesuai dibaca lelaki dan perempuan. Serta memberi kesedaran untuk kita terus belajar dan sentiasa menjaga martabat sesama kita sebagai hambanya.
Jangan lupa dapatkan buku ini & click picture dibawah...


